Kenangan di Teluk Penyabung Endau Mersing

Kedamaian... ketenangan... dan privasi...

House Boat (Bot lama yang dijadikan chalet untuk family)


Ruang rehat di chalet yang nyaman menghadap Laut China Selatan yang luas


Ruang bilik yang agak kecil tetapi selesa dengan dilengkapi bilik air, tv dan aircond.


Menuju ke jeti bot


Pandangan ke chalet dari titi jeti bot


PENGEMBARAAN
MENGELILINGI PULAU-PULAU DAN KELONG-KELONG

DENGAN MENAIKI TONGKANG


DIHADAPAN KELONG ACHEH




KESERONOKAN MANDI LAUT TANPA GANGGUAN (PRIVASI)

Kedudukan chalet yang terasing dari chalet-chalet yang lain menjadikan pantai di hadapan chalet tu ibarat kami yang punya. Tidak ada orang lain yang berkongsi pantai dengan kami untuk berseronok, bermain dan bersuka ria.


Faei langsung tak takut dengan air. Puas babah dan bibik asyik dok mengejarnya. Pantang dilepaskan, pasti menderu ke air.



Idea untuk bercuti ke Mersing ini tercetus setelah atuk umi dan opah umi telah membuat keputusan untuk menyertai rombongan ke Padang Indonesia pada Selasa (17 Mac) yang lalu. Maka tinggallah acu dan makngah dua beradik je yang tinggal di rumah atuk di Sg. Buloh setelah ditinggalkan atuk dan opah. So, babah dan umi pun berbincang, kami sepakat untuk menyuruh acu dan makngah datang ke JB untuk kita sama-sama bercuti ke Mersing selepas babah dan umi periksa PTK nanti.

Sejurus babah dan umi habis sahaja periksa PTK pada 19 Mac (khamis) yang lalu, seperti yang dirancangkan kita semua pergi bercuti ke Mersing. Yahoooooo!!!

Mak Ngah dan Acu yang telah ada di rumah kita sejak selasa lagi telahpun bersiap sedia untuk berangkat ke Mersing. Sesampai saja umi dan babah di rumah dari periksa PTK, kita semua terus bergerak ke Mersing.

Perjalanan yang mengambil masa lebih kurang 2 jam itu tidaklah membosankan kerana masing-masing terlalu excited nak cepat sampai ke chalet tepi pantai seperti yang dikhabarkan.

Sebenarnya babah dan umi sendiri pun tak pernah sampai lagi ke chalet yang kita nak pergi hari tu. Sebelum ni kita pernah bermalam di Hotel Seri Malaysia Mersing. Tapi kali ni babah dah tak nak ke sana lagi. Babah nak mencari chalet tepi laut di perkampungan nelayan. So, dengan bantuan kawan babah (Ammu Zaini Chik) yang sememangnya orang Mersing, beliau telah mengaturkan tempahan chalet di "Chalet Che Zul" yang kita tidur tu seperti dalam gambar di atas.

Chaletnya nampak uzur dan seperti pondok-pondok. Tetapi unik dan menarik. Ditambah lagi dengan chalet family yang berupa bot lama yang telah diubah suai menjadi chalet. Harganya pun amat berpatutan. Sesuai dengan tempatnya yang agak privasi dan betul-betul hampir ke gigi laut. Pemandangan laut dan pulau-pulau di hadapan chalet amat menyenangkan fikiran. Ditambah lagi pantainya yang landai dan ombak yang tidak besar, amat sesuai untuk bermandi manda.

Walaupun kita ke sana hanya semalaman, tetapi setiap saat di sana tidak disia-siakan begitu sahaja. Sehingga larut malam kita semua seronok bergurau senda sambil menikmati makanan laut ikan bakar, udang, sotong dan siput manis yang dimasak special oleh restoran berhampiran dan dihantar ke chalet. Kita makan sepuas-puasnya di meja kayu dekat halaman depan chalet tu. Dan harga makananya juga sangat-sangat murah! Kita makan sampai penuh perut. Mana tak penuhnya, lepas maghrib tu kita dah makan mee dan nasi yang goreng-goreng di tepi benteng dekat dataran Endau. Balik ke chalet makan makanan laut bakar pulak.. memang asyik makan aje lah malam tu.. :)

Kenangan ke Teluk Penyabung tu memang menyeronokkan.. Dalam perjalanan pulang, sempat juga kita lalu di Teluk Sari Mawar dimana di situlah umi dan babah pernah menjalani BIG semasa di Maktab Temenggong Ibrahim akhir tahun 2005 yang lalu. Memang menyeronokkan...

Semoga dapat ke sana lagi satu hari nanti... Jom!! :)

1 comments:

  Tanpa Nama

8 Mei 2013 12:37 PTG

salam,, saya asma'. nak tanya chalet che zul ni ada no telefon ke or alamat dia?? nmpk menarik...

10 e n t r i T E R K I N I

Pengikut

Blog babah

Senarai blog menarik

=8=8=8=8=8=8=8=8=8=8=8=8=8=8=8=8=8=8=8=8=8=

=8=8=8=8=8=8=8=8=8=8=8=8=8=8=8=8=8=8=8=8=8=

Lanjutkan kasehKAMI dalam kasehNYA

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

=8=8=8=8=8=8=8=8=8=8=8=8=8=8=8=8=8=8=8=8=8=

=8=8=8=8=8=8=8=8=8=8=8=8=8=8=8=8=8=8=8=8=8=

Mior Muhd. Irsyadi bin Mior Syazril

Lilypie Kids birthday PicLilypie Kids birthday Ticker

=8=8=8=8=8=8=8=8=8=8=8=8=8=8=8=8=8=8=8=8=8=

=8=8=8=8=8=8=8=8=8=8=8=8=8=8=8=8=8=8=8=8=8=

Iman Izzati binti Mior Syazril

Lilypie Kids birthday PicLilypie Kids birthday Ticker

=8=8=8=8=8=8=8=8=8=8=8=8=8=8=8=8=8=8=8=8=8=

=8=8=8=8=8=8=8=8=8=8=8=8=8=8=8=8=8=8=8=8=8=

Mior Muhd. Irfaei bin Mior Syazril

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers