StarHill - Johor Bahru

Hari ni genap dua minggu babah sudah kembali kepangkuan kita sekeluarga setelah sebulan babah meninggalkan kita kerana menghadiri kursus di Oman bersama deligasi Kementerian Pelajaran Malaysia. Dalam tempoh dua minggu ini juga, berbagai-bagai perkara telah berlaku dan terjadi dalam keluarga kita.

Perkara penting dan mencatat sejarah bagi diri Umi adalah, buat pertama kalinya umi memandu sendirian bersama kakak Iman dari Johor Bahru pulang ke Sungai Buloh pada sehari sebelum babah kembali ke tanah air untuk menjemput babah di KLIA pada 26 Mei yang lalu. Atas kepercayaan diiringi doa babah di depan Ka'abah sebelum babah meninggalkan Kota Mekah, akhirnya Umi selamat menanti babah di KLIA bersama kakak Iman pada pagi 26 Mei 2009. Satu kejayaan yang membanggakan bagi Umi sendiri yang masih berlesen 'P' di usia 30an ini.

2hb yang lepas juga babah meninggalkan kita buat kesekian kalinya. Babah terpaksa menghadiri mesyuarat pasca kursus Oman di Naza Hotel Melaka. Tapi kali ini hanya tiga hari dua malam sahaja. Berbekalkan keyakinan lalu, setelah meninggalkan babah di Hotel Naza Melaka, Umi mengambil giliran memandu kita sekeluarga (kecuali babah) pulang ke Kampung Sungai Buloh. Dua hari berikutnya, sebelum menjemput babah yang telah tamat kursus di Melaka, Umi terlebih dahulu memandu ke Ampang untuk menjemput Adam & Sarah (anak Pok De) untuk dibawa bercuti di Johor Bahru. Umi sampai tepat pada masanya disaat babah baru sahaja menanti Umi di Melaka. Alhamdulillah.. Umi semakin berani dan yakin memandu.

Hari ini, di saat Opah babah dan semuanya ada di sini, kita bercuti bermandi manda di Star Hill Resort Kempas Johor Bahru. Alangkah seronoknya kalau rumah yang umi dan babah beli sudah siap dan sudah kita duduki, pasti destinasi hari ini menjadi tidak sampai 5 minit pun dari rumah tersebut berbanding sekarang, 20 minit.


Seronoknya anak-anakku bermandi manda...

Along Uddyn

Kak Ainnur

Syahmi

Sarah

Adam

Mukhriz... oh.. ye ke?

4 comments:

  Irma

15 Jun 2009 11:23 PG

Ooo.. still lesen P ker? Izan kene slalu2 drive baru dpt keyakinan tu. Ima pun dulu amik lesen masa umur dah lewat.. tahun 2003. Walaupun ima drive hari2, tp ima still x berani nak drive dlm KL. 1 sbb x tau jln, 1 lg sbb jln terlalu sibuk. Tp kalo drive long distance... insya-allah.. dah biasa sejak dpt lesen lg.

  k a s e h K A M I

15 Jun 2009 10:01 PTG

InsyaAllah berkat sokongan seme moga terus dapat keyakinan ..tq:)

  Jid

19 Jun 2009 2:59 PG

wah.. bestnyer mandi manda...

  Zul

30 November 2009 12:02 PTG

Hi... Nice to have a lovely weekend

Cheers!
fivezull
One Drop Perfumes
Free Movies-New Moon The Twilight Saga
Online Degrees
free web hosting services

10 e n t r i T E R K I N I

Pengikut

Blog babah

Senarai blog menarik

=8=8=8=8=8=8=8=8=8=8=8=8=8=8=8=8=8=8=8=8=8=

=8=8=8=8=8=8=8=8=8=8=8=8=8=8=8=8=8=8=8=8=8=

Lanjutkan kasehKAMI dalam kasehNYA

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

=8=8=8=8=8=8=8=8=8=8=8=8=8=8=8=8=8=8=8=8=8=

=8=8=8=8=8=8=8=8=8=8=8=8=8=8=8=8=8=8=8=8=8=

Mior Muhd. Irsyadi bin Mior Syazril

Lilypie Kids birthday PicLilypie Kids birthday Ticker

=8=8=8=8=8=8=8=8=8=8=8=8=8=8=8=8=8=8=8=8=8=

=8=8=8=8=8=8=8=8=8=8=8=8=8=8=8=8=8=8=8=8=8=

Iman Izzati binti Mior Syazril

Lilypie Kids birthday PicLilypie Kids birthday Ticker

=8=8=8=8=8=8=8=8=8=8=8=8=8=8=8=8=8=8=8=8=8=

=8=8=8=8=8=8=8=8=8=8=8=8=8=8=8=8=8=8=8=8=8=

Mior Muhd. Irfaei bin Mior Syazril

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers