Semangat abang dan kakak menyusun alatan sebelum pertandingan
Semalam adalah hari yang agak sedih bagi kakak Iman dan abang Adi apabila gagal membawa balik sebarang hadiah dalam Colouring Contest yang dianjurkan oleh Tadika Suria Group di Giant Tampoi. Sampai meleleh air mata abang, kakak juga yang relaks :)
Walaupun Abang hanya memasuki kategori Open, tapi semangatnya sama macam tahun lepas juga, iaitu semasa menjadi anggota Tadika Suria. Tapi hakikatnya, tahun ini tidak lagi. Abang bersaing dengan peserta yang lain berumur 7- 9 tahun.
Tahun lepas abang berjaya membawa pulang meja tulis rendah dengan hanya mendapat tempat ke 9. Hadiah tempat pertama dan kedua ialah sebuah basikal dan scooter ! Sebab itulah abang dan kakak berhasrat sangat memilikinya tahun ini.! Kakak pula membawa pulang hadiah saguhati berupa set stationary dan fail. Tahun ini. dah ditakdirkan tidak ada rezeki, harap abang dan kakak tidak akan putus asa dan terus berSEMANGAT untuk apa juga pertandingan dan membuat persediaan yang secukupnya .
Esok, abang akan menduduki Ujian 3 SKKT . Umi dan babah berharap abang akan lebih bersemangat untuk ujian ini. Abang Adi kena berikan tumpuan ketika menjawab dan semoga dapat berfikir teliti serta menjawab dengan tenang. Walaupun hanya ujian peringkat sekolah, umi dan babah harap abang akan sentiasa bersungguh2 ye..Semoga sukses dan cemerlang ..!! Amin.
Tapi kedua-keduanyanya tetap mandapat hadiah dari babah apabila sampai di rumah.. maka kakak dan especially abang pun kembali tersenyum lebar !! Terima kasih babah:))






0 comments:
Catat Ulasan