Ramadhan si kecil

Anak-anak umi dan babah yang disayangi..
Ramadhan tahun 1429H ni kian hampir! Teruja rasanya tunggu bulan Ramadhan ni. Banyak sangat fadhilat yang kita boleh rebut dalam satu bulan ini. Bulan-bulan lain tak ada! Terutama nikmat berbuka dan nikmat solat terawih!

Memandangkan hanya tinggal kurang 3 hari saja lagi untuk kita berpuasa. Babah dan umi terfikir. Abang Adi dan kakak tak pernah sekali pun lagi berpuasa. Mulalah umi dan babah risau. Sibuk nak mencari teknik-teknik yang betul dalam pertama kali mendidik abang dan kakak berpuasa. Bukan apa, ada satu kisah yang akan babah ceritakan di bawah, sering menghantui fikiran babah.

Kisah ni adalah kisah benar yang pernah diceritakan oleh 'opah Sarah' pada babah tahun lepas. Kalau tak salah babah, opah cerita kisah ni berlaku di Karak juga. Kampung babah. Tapi babah tak pasti samada di Kg. Batu 3 atau Batu 2.

Memandangkan babah tengah banyak sangat kerja sekarang ni, babah ringkaskanlah ceritanya ya bang! ye kak!

Opah cerita, kat karak tu, ada seorang nenek yang menjaga cucunya. Macam opah jaga Sarah lah!. Dah lekat nama 'Opah Sarah' walaupun abang, kakak dan Faei pun cucu opah yang tulen juga! Opah kata, opah kenal sama nenek tu. Namanya babah dah tak ingat.

Dipendekkan cerita, nenek tu tinggal bersama cucu kesayangannya. Dan pada bulan puasa tahun tu, nenek tu nak melatih cucunya tu berpuasa buat kali yang pertama. Cucunya tu masih kecil lah kot!.. Mungkin lingkungan umur abang dan kakak sekarang agaknya.

Pada suatu petang dalam bulan Ramadhan (babah tak pasti samada petang yang dimaksudkan tu adalah hari pertama atau hari ditengah-tengah bulan Ramadhan) cucu nenek ni mengadu pada neneknya yang ia terasa sangat lapar. Pada waktu tu kata opah Sarah dah masuk waktu solat Asar. Neneknya pun memujuk cucunya supaya bersabar kerana waktu berbuka hanya tinggal lebih kurang 3 jam saja lagi. Neneknya menyuruh cucunya itu supaya tidur. Kerana tidur dapat menghilangkan sedikit rasa lapar. Lalu cucunya pun berbaringlah menurut pujukan neneknya tu. Neneknya mungkin sibuk memasak masakan istimewa untuk cucunya tu sebagai hadiah kerana dapat berpuasa penuh sehari pada hari tu.

Bila sudah hampir waktu berbuka puasa, nenek tadi pun segera mengejutkan cucunya untuk bangun, bersihkan badan dan bersedia untuk berbuka. Hidangan pun dah tersedia. Istimewa untuk cucu kesayangannya tu. Tapi cucunya itu tetap tidur. Neneknya mengejutkannya sekali lagi. Tapi cucunya itu tetap masih tidur dengan lena sekali. Bila nenek itu menghampiri cucunya itu untuk mengejutkannya dengan lebih kuat, barulah nenek itu tersedar yang rupanya cucunya itu telah tidur untuk selama-lamanya.

Oh, mulianya cucu nenek tu kan bang! Kan kak! Dia meninggal dunia dalam keadaan berpuasa. Cucu yang masih kecil tiada dosa. Malah berpuasa pula.

Adakah sekiranya nenek itu membenarkan cucunya itu berbuka pada waktu Asar tu hayatnya akan panjang? Allah Yang Maha Mengetahui dan Maha Berkehendak. Ajalnya telah tertulis begitu mulia. Mungkin cucu kecil itu tetap meninggal dunia walaupun telah berbuka puasa pada waktu Asar itu. Wallhu'alam.

Seprais untuk Umi?

Hari ni kita dah sekolah semula setelah seminggu kita bercuti. Sejak kelmarin lagi umi dan babah sering ingatkan abang dan kakak bahawa hari Isnin kita semua akan ke sekolah kembali. Bukan apa, babah dan umi bimbang abang dan kakak berangin pula nanti tak mahu ke sekolah. Malam tadi pun dua tiga kali juga babah mengingatkan kalian berdua bahawa esok kita akan bersekolah. Alhamdulillah.. anak-anak babah dan umi memang anak-anak yang rajin pergi ke sekolah.

Lepas saja bunyi loceng, babah terus mengemas beg sekolah babah dan bersiap utk pulang awal hari ni. Biasanya babah akan stay di sekolah paling2 awal sampai pukul 3 petang. Tapi hari ni tepat 1.50 tengah hari, dan bila mesin punch card berlagu riang menandakan semua guru-guru boleh punch balik. babahlah orang kedua punch card balik. Hari ni umi tak drive. Malas katanya. Lagipun jimat minyak juga. So, babah kena ambil umi dulu di sekolah umi, baru balik rumah.

Yeeah! Hari ini babah dan umi sama sampai rumah dengan abang dan kakak. Pukul 2.15 tengah hari kita sama-sama sampai rumah. Bezanya abang dan kakak naik van sekolah Cik Pah. Umi dan babah naik kereta kita sendiri. Bila turun saja kereta, buka kasut dan masuk rumah. Abang terus menjerit...

"Umi..... Abang ada seprais untuk umi!" Jerit abang. Babah yang dah masuk bilik sambil menanggalkan tali leher pun meluru ke luar nak melihat apa surpraise abang hari ni. Apa yang babah dan umi lihat, abang tersenyum sambil melibas-libaskan dua helai kertas di tangannya.

"Apa tu?", tanya babah.

" Abang tak bawa buku. Eh, buku abang hilang! Cikgu marah. Tapi cikgu dah print homework abang dalam kertas ni. Cikgu suruh cari buku di rumah", jawab abang yang nampak benar-benar ikhlas dari raut wajahnya.

"Ini memang umi betul-betul seprais ni!", jerkah umi.
"Mana buku abang? Abang tinggalkan dalam laci lagi ye? Cepat cari buku abang". Lalu Abang, kakak dan bibik pun sibuklah mengeledah laci meja abang mencari buku abang yang hilang tu. Tapi... tak jumpa.

"Hmm.. Mana pulak buku abang ni? Samada hilang di rumah.. atau tertinggal di sekolah.. atau... kawannya terbawa balik rumah.." Tak pa lah. Nanti umi call cikgu tanya tentang buku abang ni.

Okeh! Apa yang babah lihat. Abang pandai main psikologi. Wah! Jangan main-main. Apa tidaknya. Secara jujur abang dah mengaku dirinya dimarahi cikgu. Sudah tentu abang pun tahu yang umi dan babah juga akan marah atas sebab yang sama. Jadi, abang terlebih dahulu cuba memancing perasaan umi dan babah dengan ayat.. "Umi... Abang ada seprais untuk umi". Pandainya abang ni...

Abang bersama kertas 'seprais' nya...

Gelagat anak-anak babah dan umi bila balik sekolah. Macam tau2 je cikgu kakak dan abang ni. Hari ni masuk gaji terus bagi sampul duit utk bayaran bulan September.


Gadis ayu babah.

Kerja... Kerja... Kerja...

Sejak semalam, babah tak berhenti mengadap computer. Banyak sangat kerja yang babah perlu selesaikan sebelum naik sekolah nanti. Bila dah penat, babah hilangkan tension dengan mendalami lagi ilmu blog memblog nih. Habis dah jadi apa lah nanti blog kasehnya ni. Maklumlah.. orang lain dah lama kenal ilmu blog ni. Tapi babah kenal benda alah ni baru sebulan dua. So, banyak lagi yang nak dipelajari.

Kesian anak-anak babah tak dapat jalan dengan babah. Nasib baik umi dah ada lesen. Umilah yang bawa abang, kakak, faei dan bibik pergi ke play ground. Babah duk rumah sorang-sorang siapkan kerja. Bila umi boring-boring, umi masak kek coklat! Tapi barang tak cukup! Apa yang ada aje lah umi! Yang penting keknya jadi! Wow.. best nya!.. Dah lama tak makan kek coklat buatan umi. Sampai Baby Faei pun beriya-iya senyum pada babah minta disuapkan kemulutnya kek umi tu.




Rehlah Ke Tanjung Balau

Anak-anak babah.. Mari kita sama-sama ucapkan Alhamdulillah..
Segala pujian untuk Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, yang telah mengurniakan kebahagiaan dan kegembiraan untuk kita. Rehlah ke Tanjung Balau hari semalam (19 OGOS 2008) cukup menyeronokkan. Lebih-lebih lagi bagi anak-anak babah dan umi, Abang Syadi dan Kak Iman serta Fariha.

Kasihan baby Faei yang kena tinggal dengan bibik. Babah & umi sengaja tinggalkan baby Faei di rumah bersama bibik kerana bimbangkan kesihatannya nanti. Maklum saja kalau kita semua dah ke rumah Ammu Khayr di Kota Tinggi.. Memang nanti akan satu hari kat sana sampai malam.

Dari pagi anak-anak babah dan umi serta Fariha dah bersemangat nak bertolak ke Tanjung Balau. Malah hari sebelumnya pun masing-masing dah becok bertanya bila nak pergi mandi laut. Betapa seronoknya anak-anak babah dan umi ni bila tahu nak pergi berkelah. Babah tak dapat bayangkan bila babah terpaksa batalkan rancangan ni atas sebab-sebab tertentu. Tentu anak-anak babah ni frust habis.

Kita bertolak dari rumah di Seri Austin pada jam hampir pukul 11 pagi. Kita naik satu kereta kita je. Babah, umi, Ammu Norhan, Acik Yaya, Abang Adi, Kak Iman dan Fariha. Kita terus ke rumah Ammu Khayr di Taman Muhibbah Kota Tinggi. Sesampai di rumah ammu, ammu sedang keluar parking rumahnya dengan kereta 'LIVINA' barunya untuk menjemput Acik Siti yang pergi exam PTK. Kita di suruh masuk rumahnya dulu sementara Ammu Khayr menjemput Acik Siti.

Di rumah ammu, umi dan babah sibuk menyapu roti dengan marjerin dan sardin yang umi dah masak dari rumah utk dibuat sandwich. Bibik pun ada bekalkan kuew teaw goreng untuk dimakan di tepi pantai. Bila Ammu Khayr dan Acik Siti sampai rumah, diorang berdua terus pum pang pum pang di dapur memasak utk makan tengahari dulu walaupun telah dihalang oleh babah dan umi. Memang loving couple la Ammu Khayr dan Acik Siti ni. Sama-sama masak kat dapur. Best pulak tu! Ada burung puyuh chop (ala-ala chicken chop), ada ikan goreng ala Ammu Khayr, sayur berkuah ala japanese style, sup tauge, telur goreng dadar ala Acik Siti, tempoyak dan sambal tempe!. Marveles! Memang class!


Sementara Ammu Khayr dan Acik siti memasak, kita semua dok depan tv melayan cerita seram Indonesia 'KUNTILANAK 3' yang sering membuatkan umi terjerit-jerit terkejut kerana suspen-suspen yang ada dalam cerita tu. Hmm.. nasib baik Acik Siti tengah memasak. Kalau tak, tentu umi lawan histeria dengan Acik Siti. Acik Yaya je yang steady ala-ala kecut tengok movie tu. Hehehe.. Jgn mara..

Setelah siap-siap makan tengahari ala buffet dan solat zohor. Kita pun bertolak lah ke Tanjung Balau dengan satu kereta je. Kereta siapa lagi kalau bukan kereta baru Ammu Khayr. Memang berbaloi lah ammu beli LIVINA tu. 9 orang sumbat satu kereta pun masih selesa. Ammu Khayr drive kereta, babah riba Abang Adi di depan. Tengah Ammu Norhan, Acik Yaya dan Fariha. Belakang sekali Umi, Acik Siti dan Kak Iman. Memang lega dan selesa! Tengoklah gambar kita yang ceria dalam kereta tu! Gambar umi je yang terlindung di belakang tu. Kasihan umi tak masuk gambar..Sampai saja di Tanjung Balau, kita semua tak sabar nak terjun air. Lebih-lebih lagi Abang Adi lah! Tengok sajalah gambar Abang Adi tu yang tak putus-putus tersenyum, ketawa dan gembira. Kita semua tak nak makan sebab masih kenyang makan nasi di rumah ammu. Alhamdulillah, cuaca sangat baik. Tak panas dan tak hujan. Ombak pun tak kuat. Air pun tak pasang. Cuma masa kita nak balik, rasa macam gerimis nak hujan, tapi tak jadi. Air pun dah surut, ombak pun dah semakin besar. Kita mandi manda sampailah pukul 5 lebih, barulah kita naik. Sampai kita semua dah naik kecut. Bibir Abang pun dah hampir nak biru. Puas betul abang mandi! Kakak pula mula-mula takut. Lama-lama dialah yang paling terer nak pergi jauh ke tengah. Punyalah seronok kakak ya! Semua mandi kecuali umi dan Acik Siti je yang tak nak mandi, tapi dok main-main air je.


Seronok betul Abang Adi dapat mandi laut.

Nasib baik camera handphone babah tak jatuh dalam air laut dari atas batu masa snap gambar ni. Kalau tak, tentu tak dapat tunjuk gambar-gambar kita kat Tanjung Balau ni.

Pose Istimewa dari Fariha & family

Sembang-sembang sambil mengusik babah macam dugong terdampar! Adaka patut?



Abang Adi yang kesejukan dan bibir yang kebiruan.

Masing-masing melihat tapak tangan yang telah kecut kerana terlalu lama berendam

Umi dan Acik Siti yang bersembang tak habis-habis. Apalah cerita mereka ye!?

Hmm.. Ala kulli hal, semua orang rasa gembira dan seronok mandi di Tanjung Balau. Yang paling best, kita semua asyik ketawa je bila melihat keletah abang yang tak tahu penat bertanya itu dan ini. Pelik-pelik je soalan abang. Babah pun sampai dah mati akal nak jawab soalan-soalan abang. Yang lain asyik gelakkan aje. Kita sampai semula ke rumah Ammu Khayr lebih kurang hampir pukul 7 malam. Lepas solat maghrib, babah, ammu Khayr, ammu Norhan dan Abang Adi keluar semula pergi ke kedai eksesori kereta. Babah nak beli sesuatu utk kereta babah. Then, beli makanan utk makan malam. Nasi Ayam goreng dari Kota Tinggi. Yang tensionnya, menunggu nasi ayam goreng 6 bungkus dekat nak sejam baru siap. Sampai nak hilang jugak sabar ni. Babah cakap kat ammu Khayr, lepas ni kedai ni kita band sebab servis lambat. Kita yang order dulu, orang lain yang dapat dulu. Isk isk isk. Pukul 9 baru kita balik semula ke rumah ammu dan makan malam. Umi, Acik Siti & Acik Yaya yang menanti di rumah pun dah lama menanti. Lepas-lepas makan, jam dah hampir pukul 10, baru kita bertolak balik ke Johor Bahru. Sampai rumah jam dah menunjukkan pukul 11 malam. Lepak-lepak, sambil minum malam, biskut kering cecah milo, sambil menonton 'MEET DAVE', semua dah tak boleh tahan mata. Letak je kepala atas bantal, babah pun start enjin bot, terus menuju ke Tanjung Balau semula...........

Tumpang Tidur

Seronoknya merenung Faei yang lena

5.15 pagi, 15 OGOS 2008
tuk tuk tuk.. bunyi ketukan kecil pintu bilik babah dan umi. Umi bingkas bangun membuka pintu.
"Umi, boleh abang tumpang tidur dekat babah tak? Abang nak tumpang je" Itulah nada rayuan si abang pagi tadi.

Alahai!
Memang sejak akhir-akhir ni, Abang Adi, Kak Iman sering merayu-rayu untuk tidur bersama-sama kami di bilik. Alasannya cuma satu.
"Abang dah lama tak tidur dengan babah". Kakak pun beri alasan yang sama. Dengan nada merayu abang dan kakak akan cakap, "satuuu... je" yang bermaksud satu malam sahaja.

Pulak tu pandai pulak nak bergilir dengan abangnya! Hmm... macam-macam.

Memang babah akui. Babah pun sebenarnya rindu sangat nak tidur bersesak-sesak kita anak beranak macam kita buat di rumah lama dulu. Sejak kita pindah ke Seri Austin, dan sejak ada "Kak Bibik" dalam rumah ni. Babah dah jarang sangat tidur dengan abang dan kakak. Paling-paling tidak pun masa kita balik kampung di Sungai Buloh Selangor atau di Karak. Bila kita balik Johor Bahru, kita akan terpisah juga.

Antara dua tu, yang paling kerap minta untuk tumpang tidur ialah Abang Adi. Alasannya mesti nak tidur dengan babah. Nak peluk babah. Kakak Iman tak lah meminta-minta sangat. Dia selesa dan begitu manja tidur dengan "Kak Bibik"nya tu. Bulan 11 ni dah nak masuk 5 tahun pun masih nak minta "Kak Bibik"nya tu mandikan, pakaikan baju dan suapkan makan. Sedangkan sebelum dia ada, semua tu kakak boleh buat sendiri. Cuma bila dia tersedar yang Abang Adi selalu dapat peluang tidur dengan babah, dia pun mula nak demand juga.

Anak-anak ku.. Nanti babah ada masa, babah akan buat bilik tidur kalian sendiri yang cantik macam bilik Kak Ainnur. Masa tu, tentu anak-anak babah ni dah tak ketuk pintu tengah malam lagi!

Alahai k a s e h k u Kakak Iman

Kalau Umi dah bercerita tentang Abang Adi. Babah pulak nak bercerita tentang Kak Iman! Nanti kecil pula hatinya yang besar tu!. Walaupun yang sebenarnya Abang Adi memang lebih rapat dengan babah. Tapi Iman juga sangat sayangkan babah. Babah tau tu. Buktinya, nanti babah cerita sat lagi.

Kak Iman memang hatinya besar!.. Mungkin sebesar laut cina selatan yang hampir dengan kami ni agaknya.. Hmm.. Mudah-mudahan besar hatinya.. besar juga imannya. Sesuai dengan namanya Iman Izzati. Setakat hari ini, babah kenal Kak Iman memang orang yang tak nak mengaku kalah. Lebih-lebih lagi dengan Abang Adi.

Baru-baru ni sian Abang Adi kena marah dengan umi sebab pensil warna Abang Adi yang baru umi beli dah hilang. Umi dah pesan pada Abang Adi jangan bawa sekolah pensil warna tu. Sebab pensil warna yang lama masih boleh digunakan. Yang baru tu, Abang Adi boleh guna bila abang pergi ke mana-mana pertandingan mewarna lagi. Alih-alih dah hilang pulak. Sah Abang Adi bawak pergi sekolah punya. Umi janji, umi tak nak belikan lagi warna pensil utk Abang Adi sebab Abang Adi dah hilangkan pensil warna yang baru tu di sekolah.

Hmm.. Sian Abang Adi.

Satu hari, umi saja nak check laci meja Kak Iman. Nak tengok-tengok je apa yang penuh sangat bila umi tengok setiap kali kakak nak buka laci kakak susah sangat. Sekali umi jumpa pensil warna Abang Adi dalam laci meja Iman. Alamak? Apa dah jadi? Kak Iman curi ke pensil warna Abang Adi?

Bila disoal siasat.. Dengan yakin Kak Iman pun menjawab yang pensil warna baru Kak Iman memang kakak tak nak guna. Nak tunggu colouring contest lagi, baru nak guna. Pensil warna yang lama kakak punya dah pendek2. So, kakak ambil lah pensil warna abang! Kakak tak tahu tu pensil warna baru abang. Sebab abang dah tak letak dalam kotak pensil warnanya, tapi abang simpan dalam pencil case umi yang lama. Kakak tak tahu yang tu abang punya.

Alahai la Kak Iman ni.. Kenapa jadi macam tu!? Kenapa tak tanya pada umi, babah dan abang dulu sebelum ambil pensil warna tu. Kesian abang kena marah dengan umi. Sekarang pergi minta maaf dengan abang. Umi pun minta maaf dengan abah sebab umi dah marah abang dulu.

Memanglah Kakak Iman ni berbeza sikit dengan Abang Adi. Abang Adi terlalu ringan memohon ampun dan maaf kalau dia tahu dia bersalah. Tak kira pada siapa. Kalau dia buat salah pada adik-adiknya macam terpijak kaki ke, atau apa sahaja.. Cepat je mulut dia cakap.. "maaf maaf.. Abang tak sengaja!" Kalau dengan umi dan babah.. "Ampun umi.. ampun babah.. Abang tak nak buat lagi.."

Tapi kalau Kakak.. Bukannya kakak tak nak mintak maaf. Tapi kakak perlukan masa. Lama sikit baru kakak nak minta maaf. Kerana kakak ni hatinya besar. Apa yang dia buat, dia rasa dia betul. Bahaya tu! Nanti kakak tak nak mengaku salah pula kalau kakak betul2 buat salah!.. Umi... Kita kena bantu kakak!

Walaupun babah kata hati kakak besar. Tapi Babah tahu.. hati kakak lembut dengan babah. Buktinya.. setiap kali kakak buat perangai. Umi marah2. Kakak akan sejuk dan ikut cakap babah. Babah tak marah pun.. Babah gunakan bahasa yang paling lembut. Kakak janganlah buat umi macam tu. Kesian umi.. Umi balik sekolah penat. Umi selalu puasa sebab nak ganti puasa masa lahirkan baby Faei. Tak kesian ke kat umi?

Umi jugak pernah cerita masa babah pergi kursus 3, 4 hari. Waktu babah call, kakak mesti menangis. Kata umi, umi selalu tersentuh hati bila umi intai kakak sorang-sorang dalam bilik babah, kakak duduk penjuru bilik di tepi katil, kakak pegang gambar babah dan cium gambar babah banyak kali. Sambil di situ, ada alur jernih mengalir perlahan di pipi kakak. Kakak sayang babah!

k a s e h A B A N G A D I





Rasa teruja tuk meluah rasa
Melihat anak membesar di depan mata
Moga hidupmu penuh ceria dan cita
Umi dan babah tumpang gembira
InsyaAllah mendapat restuNya

Awal-awal ni, umi teruja nak tulis tentang Abang Adi. Sejak dua tiga hari ni, Abang Adi dah macam-macam perangainya. Kalah Baby Faei. Naik pening umi dan babah dibuatnya. Bibik pun sama. Patutpun Kak Bie kata umi semakin kurus. Aduh... Babah jugak yang makin dipam pam. 

Abang Adi.
Umi tau.. Sekarang abang tak suka umi dan babah panggil Abang Adi dengan nama ’ADI’ je. Abang Adi tetap mahu Abang Adi dipanggil Abang. Abang dah besar! Ada 2 orang adik! Dah nak masuk 6 tahun. Tahun depan dah sekolah kebangsaan darjah satu. Abang memang dah besar.

Umi tahu..
Walaupun Abang Adi dah pandai baca sekarang ni. Tapi Abang Adi mungkin tak faham apa2 kalau Abang Adi baca blog ni sekarang. Tak pe. Biar satu hari nanti, Abang Adi dah besar sikit.. dan baca post pertama yang umi taip ni. Abang Adi tentu bangga kot! Umi tulis citer tentang Abang Adi dulu dalam blog kasehNYA yang lahir pada 08-08-08.

Abang Adi.
Umi masih terbayang saat2 itu.. saat umi di semester terakhir pengajian.. di Bumi Urdun..
Umi menggendong dua bebanan yang amat mencabar..

Beban 7 subjek yang tak pernah umi ambil sebanyak tu sebelum tu.. sambil mengendong Abang Adi setiap detik dan saat selama itu. Tapi dek semangat yang membara untuk menamatkan pengajian.. Umi BERJIHAD!!

Umi menggendong Abang Adi ke sana ke mari..ke kuliah..ke pasar..naik turun tangga rumah tingkat tiga.. di VILLA HIJAU, mafraq. Bakal cahaya mata umi dan babah pada waktu tu, kami dah tahu ianya Abang Adi seawal bulan ke tujuh lagi!..

Teringat satu saat.. umi nak pergi periksa.. dah lambat.. kami naik teksi.. jam dah hampir pukul lapan.. Bertemankan babah saban hari di kelas. Kerana babah dah habis belajar waktu tu. Hanya menunggu umi dan Abang Adi lahir sahaja.

Pada waktu tu dalam teksi umi berbisik pada babah .. umi rasa nak muntah.. babah kata.. tahan sikit, sebab dah nak sampai ke dewan kuliah di Dewan Al-Ghazali tu.. Lebih kurang 500 meter saje lagi. Umi dah tak tahan sangat! Umi nekad.. Umi terus tarik selak pintu teksi…! Qif!2.. Babah menyuruh pemandu teksi berhenti…Umi pun uweekk… hah.. kan.. dah keluar..tak caya…!

Banyak kali bang.. Di celah2 pohon zaitun.. ataupun sedang asyik menyalin nota kuliah.. tiba2 rasa semacam… umi angkat tangan… bagi isyarat nak keluar pada pensyarah… terus mencicit ke bilik air… uwekk lagi…!

Mujur ada babah!.. Babahlah yang mendengar setiap kuliah yang sepatutnya umi dengar. Balik rumah, babah pulak yang jadi pensyarah menerangkan pada umi. Buatkan nota dan sebagainya. Terima kasih babah!

Babah yang pertama kali dalam hidupnya menghadapi dugaan2 berhadapan dengan umi yang mengandungkan Abang Adi ni, cukup tabah mengharunginya. Waktu tu, babah yang masak, kemas rumah, basuh kain dan sebagainya. Babah suruh umi study betul2 semester akhir tu. Supaya kita semua dapat pulang ke Malaysia pada tahun itu juga. Hampir setahun babah menjadi suri rumah di sana. Tapi babah bukanlah orang yang suka duduk diam berpeluk tubuh. Macam-macam babah buat selama tempoh babah menunggu umi habis belajar. Termasuklah ciptaan babah yang pertama menjahit baju melayu Abang Adi dan baju kurung umi utk Hari Raya Puasa dan Hari Raya Haji kita waktu tu. Kopiah Abang Adi pun babah dah pandai buat masa tu! Babah memang hebat!

Tapi itu semua telah menjadi satu kenangan yang paling indah dalam hidup umi dan babah.. yang takkan berulang.. yang takkan dapat ditempuh lagi di bumi Malaysia ni!

Kenangan umi mengandungkan Abang Adi 9 bulan 11 hari di Jordan, sambil umi bekerja keras untuk lulus 7 subjek di semester terakhir tu.. sudah cukup meninggalkan kenangan yang amat mendalam. Peristiwa Abang Adi menangis yang tidak henti2 di waktu malam umi ada peperiksaan akhir pada keesokan harinya, sentiasa segar dalam ingatan. Umi yang dihalang babah untuk memegang Abang Adi waktu tu, menitik air mata bila terdengar suara Abang yang tak henti menangis di bilik sebelah bersama babah.

Segala jerih payah umi dan babah waktu tu.. mungkin Abang Adi dapat merasainya sekarang. Sebab itu Abang Adi sekarang, jiwanya cepat tersentuh ..! Andai diusik oleh Iman, Abang Adi yang menangis… Namun, umi dan babah kagum dengan abang. Abang mudah mengalah. Abang takkan melawan dan besar diri dengan adik-adik Abang. Jarang sekali nak membalas penangan Iman yang lahir 4 hari saja sebelum abang sambut birthday abang yang pertama! Itu yang umi kenal anak umi..walau baru berusia hampir 6 tahun, sifat seorang abang tu, abang dah tunjukkan.. Walau gaduh macam mana.. Abang Adi suka buat surprise untuk adiknya. Suka tulis surat untuk adiknya. Walaupun suratnya hanya berisi gambar ultraman dan adik beradik dan ahli keluarganya termasuk bibik! Abang Adi... Hati umi.. itu yang menyatukan..- kaseh KITA…!

Lahirnya... k a s e h









Dengan nama Allah Yang Maha Penyayang lagi Maha Mengasihani.

Dengan izinNYA juga, blog keluarga 'kasehNYA' ini dapat juga dilahirkan dalam berjuta-juta blog yang ada dalam blogspot ini. Alhamdulillah...

INSPIRASI

Terima kasih yang tak terhingga pada Abang Yoman & Kak Bie kerana jemputan untuk kami membaca blog mereka (yang sangat menarik) http://www.ceritakudat.blogspot.com , membuatkan kami begitu cemburu dan terus ingin juga memiliki blog yang menarik seperti mereka.

Pengisian, gaya bahasa dan yang paling penting adalah perkongsian yang sangat bermanfaat mampu membuatkan pembaca blognya menyedari hakikat sebuah keluarga yang bahagia dan diredhaiNYA. InsyaAllah, dari situ.. kami juga ingin sama-sama berkongsi dengan pembaca apa yang kami boleh kongsikan untuk tatapan kita bersama.

KELUARGA BAHAGIA

Sekiranya lebih banyak blog sebegini (bersifat penceritaan yang lebih berbentuk diari keluarga) dapat dikongsi bersama, sudah pasti kita semua mampu untuk menjamin peningkatan kualiti kebahagiaan keluarga yang diredhaiNYA. Mudah-mudahan.

Segala yang baik itu pasti kurniaanNYA Yang Maha Pemurah.

@ k a s e h K A M I

Pengikut

Blog babah

Senarai blog menarik

Lanjutkan kasehKAMI dalam kasehNYA

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker .

Mior Syazril.................................

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Izan............................................

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Mior Muhd. Irsyadi........................

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Iman Izzati..................................

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Mior Muhammad Irfaei..................

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Mior Muhammad Irhamni..............