Ahlan Wa Sahlan ya Puteri Nur Jannah..


Hmm.. Kali ni berita tentang kelahiran Ramadhan lagi.. Tapi bukannya tentang adik kepada Abang Adi, Kak Iman & Baby Faei.. (belum lagi) Tapi ianya Puteri Nur Jannah, sepupu kepada anak-anak babah ni laa. Anak Pok De yang tinggal kat Bukit Antarabangsa, KL. Pok De ni abang babah. Adik beradik yg ke 3. Babahkan anak tengah dari 9 adik beradik (no. 5).

  • Nama penuhnya Puteri Nur Jannah binti Meor Shaharudy.
  • Selamat dilahirkan pada 12 Ramadhan 1429/12 September 2008 - Jumaat. (Hampir seminggu dah usianya. Tapi babah tak dapat nak uploadkan ceritanya sewaktu awal kelahirannya sebab terlalu sibuk dan masih tidak dapat gambar dari Pok De.)
  • Lahir pada pukul 10:30 pagi.
  • Lahir keluar ikut tingkap (pembedahan).
  • Beratnya kalau tak salah 3.2 kg.
  • Lahir di hospital apa tah lupa nak tanya.. Tapi katanya satu malam je dok situ, bayaran sampai 4 ribu lebih.. Mak ai!.. bertuahnya puteri tu ye.
Semoga lahirnya akan menjadi anak yang solehah, taat pada mami dan ayahnya! :)

Ramadhan Bulan Kelahiran

Sebenarnya dari awal Ramadhan lagi entri ni babah nak tulis. Tapi sengaja babah tangguhkan sehinggalah ke tarikh hari ini 16 September 2008 bersamaan 16 Ramadhan 1429H.

Yang sebetulnya mengapa babah memilih tarikh hari ini memang tiada kena mengena dengan hari tertubuhnya negara kita Malaysia. Apalagi tidak bersangkut paut langsung jika dikaitkan pula dengan tarikh isu politik semasa yang hangat diperkatakan tentang tarikh keramat 16 September, tarikh akhir Dato' Seri Anwar Ibrahim (DSAI) dari Pakatan Rakyat akan menggantikan kerajaan Barisan Nasional di bawah pimpinan Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi. Namun sehingga entri ini ditulis pada jam 9:43 malam hari ini, apa yang diharapkan rakyat untuk DSAI memerintah negara belum lagi menjadi kenyataan. Mungkin esok, lusa, minggu depan atau tahun depan... Wallahu'Alam.

Yang sebenarnya, babah memilih tarikh hari ini untuk entri ini ditulis adalah untuk mengambil pertengahan kepada tarikh kelahiran ketiga-tiga permata hati babah dan umi.


Hari ini 16 September 2008 bersamaan 16 Ramadhan 1429H - merupakan hari ulang tahun pertama putera bongsu babah setakat ini, baby Faei.

Semalam pula, 15 Ramadhan, adalah hari ulang tahun yang ke6 Abang Adi (mengikut bulan Islam).

Dan hari Jumaat nanti 19 Ramadhan adalah hari ulang tahun yang ke5 Kakak Iman (juga mengikut bulan Islam).

Kesimpulannya kelahiran kalian memang unik. Kalian anak Ramadhan. Ramadhan bulan kelahiran kalian.

Abang Adi lahir pada
15 Ramadhan 1423H bersamaan 19 November 2002M

Kakak Iman lahir pada
19 Ramadhan 1424H bersamaan 15 November 2003M

Baby Faei pula lahir pada
4 Ramadhan 1428H bersamaan 16 September 2007M

Kelahiran abang dan kakak pada bulan November hampir menyamai tarikh kelahiran babah pada 13 November. Namun usaha untuk baby Faei lahir pada bulan kelahiran umi bulan Jun, tidak mendapat restuNya. Faei tetap lahir dibulan yang sama dengan kekanda-kekanda Faei iaitu pada bulan Ramadhan. Cuma yang sama dengan abang dan kakak serta babah, hanya suku kata 'ber' pada perkataan November dan September sahaja.

Kek Ulang Tahun Putera-Putera & Puteri Umi & Babah

Selamat Ulang Tahun Yang Pertama Untuk Baby Faei.
Selamat Ulang Tahun Juga Untuk Abang Adi & Kakak Iman.

Lahirnya Abang Adi 15 Ramadhan di Bumi Anbiya' Al-Urdun (Jordan)

Lahirnya Kakak Iman pada 19 Ramadhan di Hospital Selayang, Kuala Lumpur

Lahirnya Baby Faei 4 Ramadhan di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru, Johor.

Adakah putera/puteri babah yang seterusnya juga akan lahir pada bulan Ramadhan ini lagi? Atau bulan yang ber'ber'? Manusia merancang.. Allah menentukan.. :)


Sudah bukan rezeki babah..

Semalam 10 Ramadhan 1429 (10 September 2008), babah menghadiri satu majlis 'Fikrah Ilmu' di MPC Bandar Baru Uda, Johor Bahru. Sebenarnya babah ditugaskan oleh Ust. Omar Penolong PPDJB (UPIM) untuk menyelaraskan program tu semalam. Sejak kelmarin lagi dah mula sibuk untuk menguruskan majlis tu. Berpadananlah idea untuk mengadakan majlis fikrah ilmu dan ifthor jamaie tu baru dicetuskan oleh Ust Omar pada hari khamis yang lepas (4 September 2008). Tak sampai seminggu pun dari idea tu diutarakan. Kira macam rancang terus buat. Jawatankuasa pun tak de. Babah cuma pilih dua tiga orang yang boleh bantu dari segi pendaftaran dan kutipan yuran untuk PEKDIS je. Alhamdulillah.. program tu dapat berlangsung semalam. Penceramahnya ialah Ust. Omar sendiri dan Ust Hairozi, Penolong Pengarah Unit Dakwah, Sektor Pendidikan Islam, JPN Johor.

Yang babah nak ceritakan dalam entri babah kali ni bukan tentang isi program tu. Malah babah rasa terkilan sangat-sangat sebab tak dapat nak komen tentang pengisian program tu. Apa tidaknya kalau dah bertugas sebagai urusetia dan penyelaras. Program yang bermula pukul 2 petang hingga waktu berbuka tu betul-betul membuatkan babah capek. Langsung tak berkesempatan untuk turut menjadi pendengar dalam program yang babah rasa banyak manfaatnya tu. Tapi apakan daya.. Tak berkesempatan. Maklumlah, kerja tak cukup kakitangan. Kertas kerja pun tak de. Jawatankuasa pun tak de. Sebab majlis ni kalau ikut Ust. Omar nak buat simple-simple je. Jadinya jawatankuasa yang ada cuma pendaftaran dan pengerusi majlis je. Surat lantikan jawatankuasa pun tak ada! :) Sepanjang majlis tu berlangsung, kami sibuk menyiapkan resit bayaran yuran PEKDIS, dan sijil penyertaan. (Nampak macam senang, rupanya lenguh juga tangan menulis resit tu).

Jadi, yang nak dikaitkan dengan topik entri babah ni (sudah bukan rezeki babah) adalah tragedi waktu nak berbuka puasa. Kebanyakkan peserta ramai yang pulang awal. Waktu berbuka tu tak sampai 10 meja pun yang stay dan berbuka di MPC tu. Babah dan kawan-kawan urusetia yang lain, siap-siap kemas barang dan bergerak ke tempat makan kat MPC tu dalam pukul 6.45. Sesampai je di tempat makan, aduhai... dah memang bukan rezeki kami. licin semuanya dah dibungkus oleh peserta-peserta. Mungkin peserta-peserta wanita siap-siap bungkus lauk tu untuk suami dan anak-anak di rumah agaknya. Baiknya isteri-isteri tu.

Sepatutnya perkara macam tu tak boleh terjadi. Jemputan yang diundang adalah lebih kurang 200 peserta. Tapi tak semua yang hadir. Dan makanan pula di tempah untuk peserta seramai 250 orang. Sudah tentu makanan tu pasti berlebih banyak jika di kaji dari bilangan peserta.

Tapi apabila babah dan urusetia yang lain sampai di tempat makan. Tidak ada satu lauk, malah buah pun tak tinggal satu. Terpaksalah babah dah urusetia yang lain berbuka dengan air sirap yang 4 tong pun babah tengok macam tak terusik. Penuh! Mujur ada hamba allah yang sudi menghulurkan sedikit buah dan sedikit lauk yang boleh lah kami suap sesuap dua sebagai alas perut.

Tapi bak kata orang, kami ni ibarat macam asabah dalam harta tinggalan si mati. Samada yang tinggal tu tak tinggal apa.. ataupun tersangat-sangat lah banyaknya.. Macam tu lah kami.. yang tinggal.. tak tinggal apa.. cuma ada AISKRIM 3 kotak! Hmm.. memang hak kami lah tu! Aiskrim mangkuk yang banyak dalam kotak-kotak tu.. semua kami angkut masuk kereta. Hih3.. Penuuuuh aiskrim mangkuk dalam peti ais. Best!

IFTOR JAMAIE bersama Pak Lang Sekeluarga.

Semalam seronok betul Abang Adi dan Kakak Iman. Apa tidaknya Pak Lang sekeluarga datang berbuka di rumah!

Ada Along Syarifuddin, Kakak Ainnur dan Syahmi. Ada Mak Lang yang sarat mengandung, ada Pak Lang dan bibik barunya pun datang juga. Meriah betul rumah kita malam tadi.

Makanan pun jangan ceritalah! Saja babah tak nak ambil gambar malam tadi. Bukan apa? Malu! Banyak sangat sampai tak muat meja makan kita. Umi masak nasi tomato dengan kuah kurma ayam je. Lepas tu umi dan babah beli air kathira dan air mata kucing kat bazar ramadhan. Kuih-kuih pun umi beli tak banyak. 4 ringgit je.

Tapi bila Pak Lang sekeluarga sampai.. Ya Allah.. banyaknya depa bawak makanan! Ada laksa penang, ada bubur lambuk, ada sayur pecal, ada kuih lepat ubi, kuih keria, buah tembikai kuning dan macam-macam lagi! Memang sampai kita semua kembong perut malam tadi. Perut babah dan Pak Lang dah dekat nak sama besar macam perut Mak Lang. kih kih kih...

Abang Adi & Kakak Iman bukan main seronok lagi dapat berbuka puasa dengan Along & Kak Ainnur. Setakat hari semalam (7 Ramadhan), Along dan Kak Ainnur tak tinggal puasa lagi. Bagus betul! Along dah darjah 3. Kak Ainnur pulak darjah 2. Abang Adi pulak baru puasa 4 hari penuh dan 3 hari puasa separuh hari. Kakak Iman hebat! Dapat 5 hari puasa penuh, 2 hari puasa separuh hari. Kakak lagi menang dari abang! Apalah abang ni. :) Semoga lepas-lepas ni abang dapat bertahan puasa ye!

Hmmm... Semoga kita dapat berkumpul ramai-ramai lagi macam semalam. Seronok!

Puasa Penuh Pertama Abang & Kakak

Alhamdulillah.. Hari ini 2 Ramadhan 1429 / 2 September 2008, akan tercatat dalam sejarah hidup Abang Adi & Kak Iman, apabila kalian berdua berjaya puasa penuh hari ni untuk kali yang pertama. Babah dan umi bangga dengan kalian berdua. Walaupun hari ini umur abang adi baru mencecah 5 tahun, 9 bulan, 2 minggu, dan Kakak Iman pula baru berumur 4 tahun, 9 bulan 2 minggu, tapi kalian berdua tetap tabah berpuasa hingga ke akhirnya. Tahniah dari umi dan babah untuk Abang Adi & Kak Iman.

Ramadhan Pertama Abang & Kakak

Malam ni, babah nak meninggalkan sedikit coretan untuk kenangan abang dan kakak. Sudah tentu tentang hari pertama abang dan kakak berpuasa.

4.45 pagi
Tahniah untuk abang dan kakak yang berjaya bangun sahur pagi tadi. Alhamdulillah. Walaupun abang pada awalnya mengangguk kepala tetapi tetap memejamkan mata. Akhirnya abang bangun juga. Kakak pula yang awalnya menggelengkan kepala, tetapi kakak dulu yang bangun dari abang.

Abang dan kakak makan dengan berselera sekali soto yang umi masak semalam. Sup yang umi hangatkan bersama nasi impit cukup menambat selera abang dan kakak. Habis semangkuk! Umi dah tahu. Selera abang dan kakak memang hanya pada sup-sup. Sebab tu semalam umi dah siap-siap masak sup untuk membuka selera kalian berdua.

Babah pula, memang dari dulu suka bersahur dengan nasi goreng. Memang sejak hidup di Jordan itulah pembuka selera babah diwaktu pepagi begitu. Biarpun tiap-tiap hari.. tak pe!

11.00 pagi
Sehingga ke pukul 11 pagi, abang dan kakak gagah berpuasa. Melingkar di depan tv menonton astro ceria. Biarlah, asalkan kalian tetap terus berpuasa.

12.00 t/hari
Malangnya apabila menjelang hampir 12 tengahhari. Bermulalah rengekan kakak dituruti abang yang mengadu merasa lapar sangat-sangat. Jauh di sudut hati terasa juga kasihankan mereka. Lalu babah yang demam sejak pagi tadi mengajak abang dan kakak berbaring di katil sambil babah bercerita tentang syurga dan neraka. Seperti biasa, abanglah yang akan tersedu sedan menangis kesedihan dan ketakutan.

12.30 t/hari.
Sudah tiada daya umi dan babah lagi menahan rengekan kalian berdua. Kata babah pada umi, biarlah abang dan kakak berbuka. Memandangkan ini adalah hari pertama dalam hidup mereka berpuasa. Kakak cukup dengan sebotol susu coklat, dan abang pula cukup dengan beberapa keping roti. Selepas itu kalian berdua menyambung berpuasa sehinggalah waktu berbuka maghrib tadi.

Alhamdulillah. Tahniah untuk abang dan kakak dalam percubaan pertama hari ni, biarpun terpaksa bersahur dua kali hari ni (sahur pagi dan sahur tengah hari) tapi umi dan babah bangga kerana abang dan kakak dapat juga ikut berpuasa.

Esok kita cuba lagi. Abang dan kakak dah bersemangat nak makan dengan lebih banyak waktu sahur nanti. Kakak kata kakak tak nak apa-apa. Tapi abang terpaksa babah umpan dengan skate board jika abang dapat berpuasa penuh. Selamat berjaya!

Selamat Berpuasa Abang & Kakak di Ramadhan 1429H

Alhamdulillah..
Mari kita bersyukur bersama-sama anak-anakku. Kerana Allah telah memanjangkan usia kita hingga kita dapat bertemu lagi dengan Ramadhan pada tahun ini. Ramadhan yang penuh dengan kemuliaan dan keberkatan. Moga-moga Ramadhan kita pada tahun ini lebih baik dari Ramadhan kita yang telah lalu. Keampunan dan kasehNYA jugalah yang kita sama-sama harapkan. InsyaAllah.

Selamat berpuasa Abang Adi & Kakak! Ini first time umi dan babah nak latih kalian berdua berpuasa. Pagi nanti adalah pagi pertama abang dan kakak nak bangun sahur. Tak tahulah macammana. Kita tengoklah nanti ye! :)

Pengikut

Blog babah

Senarai blog menarik

Lanjutkan kasehKAMI dalam kasehNYA

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker .

Mior Syazril.................................

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Izan............................................

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Mior Muhd. Irsyadi........................

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Iman Izzati..................................

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Mior Muhammad Irfaei..................

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Mior Muhammad Irhamni..............