TUGU NEGARA KARAK!

Inilah hasil kerja atuk babah di karak yang melayan cucu-cucunya di kampung cuti persekolahan kali ini..


Leftenan Muda Irsyadi


Askar Wataniah Iman Izzati


Askar RELA... (Irfan) :)

Yang dalam gambar ni baru ada 9, daripada jumlah cucu atuk dan opah babah yang ada :
19 yang hidup
1 yang dah meninggal
6 cucu instant.. :)

TOTAL 26 orang cucu!

kalau semuanya ada serentak.. tak tahu lah macammana atuk akan berhempas pulas nak menyediakan 26 laras senapang kayu tu.. hik hik hik..

Dan mungkin akhirnya roboh jugak rumah opah ni bila PERANG DUNIA meletus lagi!!
Yang akhirnya Kem Komandannya (opah) akan menjerit...

"Robohlah rumah akuuuuuu............."

.

Zoo Negara


Semalam.., kita semua pergi Zoo Negara. Opah dan Acu pun ikut sama. Penuh satu kereta. Memang dah lama babah rancang nak bawak anak-anak babah ni pergi zoo. Zoo Jay Bee dah berpuluh2 kali kita pergi. Zoo Melaka pun kita dah pergi. Zoo Malam lagi kita pergi masa tu. Cuma Zoo Negara je yang dekat ni kita tak pernah pergi.

Memang umi dan babah nak tunggu Faei dah boleh jalan baru nak bawak kalian semua pergi Zoo Negara. Dan kali ini adalah masa yang paling sesuai untuk kita pergi.

Tiket tak mahal sangat. Dewasa RM15. Kanak-kanak 3 hingga 12 tahun cuma RM6. Semalam ada umi, babah, bibik, opah dan acu. 5 dewasa, dan kanak-kanak cuma Abang Adi dan Kakak Iman je. Baby Faei tak perlu bayar. Semua sekali RM87 sahaja. Lebih murah berbanding kita masuk Aquaria kat KLCC tempoh hari. 3 dewasa 2 kanak pun dah sampai seratus lebih.

FAEI TAK SIHAT...
Sejak pagi, baby Faei seperti tak berapa sihat. Mungkin sebab semalamnya dia dah main sakan! Habis dia explore rumah opah. Mesin jahit opah pun dijadikan kereta utk dia pusing2 stereng macam bawak kereta. Dah lah pagi bila nak berjalan badan dia dedar. Tapi masih aktif!

Dalam perjalanan dari rumah ke Zoo yang tak sampai 15 minit pun, Faei mula lembik semacam je di pangkuan bibik. Sampai Zoo, Faei hanya berdukung babah. Tak nak langsung dia berjalan seperti biasa yang pantang dipakaikan kasut. Nak berjalan je.

SERONOK TENGOK BINATANG..
Lepas selesai urusan tiket, kita pun masuk dan binatang pertama yang kita lihat ialah ular sawa yang dipegang oleh pekerjanya untuk sesiapa yang ingin bergambar bersama ular sawa tersebut. Mintak maap la kalau babah nak pegang! Tapak sulaiman lagi kan babah geli, inikan pulak ular sawa!



Lepas kita tengok zirafah, sebelahnya babah beli pulak pisang sesisir yang berharga RM3 untuk mendapatkan peluang memberi makan gajah. Seronok jugak!


MALANG...
Lebih kurang 100 meter kita berjalan lepas tu, babah yang sedang mendukung Faei sambil melihat kanggaroo dan burung, tiba-tiba merasa air panas mengalir di tangan. Rupa-rupanya Faei muntah! Babah terus membongkokkan badan supaya muntah Faei tidak terkena baju babah.. Rupa-rupanya bila babah membongkokkan badan, muntah Faei yang terpancut dari mulut tu terus menyimbahi kepala Abang Adi yang berdiri di hadapan babah sejak tadi. Terus la kita tiga beranak ni berlari ke arah umi dan opah yang lambat berjalan di belakang, yang masih melihat rusa dan burung unta. Abang yang dah kebasahan muntah Faei di kepala dan bajunya pulak yang meluap2 angin dalam badannya macam orang nak muntah juga. Loya bau muntah susu adik tu agaknya.. Mata abang berair-air dan angin meluap-luap keluar dari mulutnya macam orang nak muntah tapi tak keluar. Dah lah atas kepala dan bajunya kena muntah! Nasib baik abang pakai baju dua lapis. Selamatlah baju di dalamnya tu. Isk, tak sempat pulak babah nak snap gambar masa tu. Dah kecoh2 dengan adik yang menangis tak berhenti-henti.

Kita pun terus pergi ke pulau Ungka di tengah tasik tu untuk berehat. Kebetulan di situ ada kipas dan kawasannya pun bersih. Orang pun tak de. Kita pun bukak port la kat situ sambil makan-makan nasi impit kuah kacang dan rendang ayam yang opah buat dari semalamnya. Babah pula menenangkan adik yang nampak penat dan mengantuk. Lebih kurang setengah jam juga kita berehat di situ, tapi adik terus merengek lemah. Isk.. tak boleh jadi ni...

BALIK
Akhirnya babah buat keputusan untuk keluar dulu bawa Faei duduk di kereta tidurkan dia. Biar umi, opah, bibik dan acu sahaja yang bawa abang dan kakak meneruskan lawatan di zoo tu.

Babah pun terus mendukung Faei dan berpatah semula ke pintu masuk tadi untuk keluar. Dalam perjalanan keluar tu, faei merengek dan menangis. Babah mula risau.. takut orang kata babah ni curi anak orang. Babah pujuk2 Faei akhirnya Faei senyap juga. Bila masuk kereta, terus hidupkan enjin dan pasang aircond. Babah bagi faei susu dan Faei pun tidur. Sambil menepuk Faei, babah pun online lah guna hp baru babah.. tak de lah boring sangat!

Hampir sejam juga kereta tu hidup tapi tak bergerak. Bila babah call umi, kalian semua tak habis lagi berjalan. Babah pun kasihan kat abang dan kakak kalau nak keluar cepat2. Babah cakap kat umi, tak payah rushing nak keluar. Bawaklah abang dan kakak jalan puas2 dalam tu. Masuklah semua yang boleh masuk dalam tu. Babah nak bawa Faei ke kondo anthenium mama (kakak babah) kat Bukit Antarabangsa tu ha. Bukan jauh pun. Sebelah ni je. 5 minit je naik kereta.

Nasib baik sampai kat kondo tu guard tu bagi masuk. Sebab mama keluar kerja, so parking mama kosong. Kalau ikut pakcik guard tu dia tak bagi kereta babah masuk. Tapi bila babah cakap tentang Faei yang demam dan sedang tidur sebelah babah dan parking mama yang kosong sebab mama keluar bekerja, baru pak guard tu beri masuk.

Di rumah mama ada baby Khayr, Ameena dan bibiknya. Mak Cek Wani (adik babah) yang tinggal situ pun hari ni balik awal lepas dia buat presentation kat RHB Bank.

Kat situ, Faei dapat masuk buai dan tidur dengan lebih selesa... sampailah abang dan kakak balik dengan umi, opah dan bibik datang ke rumah mama dari zoo naik teksi. Pukul 4 lebih jugak dah masa tu baru kalian semua keluar dari zoo.

Jadi, babah dengan Faei dapat tengok gambar jelah abang dan kakak serta yang lain-lain pusing satu zoo.. Seronok betul! Tak pelah. Cuti sekolah tahun depan kita pergi lagi. Kali ni kena pastikan Faei tak demam lagi!.. :)





618 + 5320 = 900

Akhirnya.. setelah setahun 2 bulan babah bersamanya (usia Faei).. handphone kesayangan babah Sony Ericsson K618i pergi juga..




Dan....



Hanya sehari sahaja Nokia 5320 XpressMusic yang babah menangi dari maxis berada di tangan babah..



Semua ini kerana.......................


Semua kerana.. handphone2 tu.. telah babah lego kat kedai handphone Sg. Buloh ni untuk babah dapatkan Sony Ericsson terbaru G900 yang berharga RM****.. Fuh.. memang mengancam! Siap ada wifi!.. Inilah yang babah idam-idamkan..


Akhirnya... 5320... Alhamdulillah...


Alhamdulillah.. babah bersyukur akhirnya bukan cobaan.. tapi betul2.. Itulah dia!

Tengahhari tadi kita semua (xpecially babah) bersemangat nak ke KLCC (Menara Maxis) seperti appointment babah dengan pegawai maxis minggu lepas untuk collect hadiah babah pada pukul 2 petang, berjumpa dengan pegawainya yang bernama JIN (takut babah)...

Walaupun yang babah dengar dalam phone hari tu pegawai dia kata nak bagi handphone N series tapi yang babah dapat hari ni hanya 5320 XpressMusic yang babah tengok harganya di internet RM888, tapi babah tetap bersyukur.. Kerana ini merupakan kali pertama babah menang apa2 pertandingan yang babah masuk. Sebelum ni tak pernah luck langsung! Asyik umi je.. Umi memang selalu luck.. tak aci betul! Mungkin sebab umi tak pernah tinggal mathurat kot!? babah je yang 'colas' mathurat..

Hmm.. KLCC?... Walaupun babah dah drive depan KLCC tu beratus-ratus kali gamaknya.. Tapi ini adalah first time babah masuk dalam park dan masuk dalam KLCC tu. Dan first time jugaklah babah bawa kalian semua ke KLCC. Hmm.. park memang senang.. yang susahnya nak cari semula tempat babah park tadi.. Hampir setengah jam kita memusing mencari tempat babah park kereta.. Akhirnya terpaksa ikut jalan macammana kita masuk ke Suria KLCC tu semula.. dan akhirnya bertemu juga kereta. Fuh.. Cari penyakit betul!

Alang2 dah sampai KLCC, tak best pulak kalau tak merayau dalam tu. Hmm.. entahlah.. penat juga kita merayau.. tapi macam tak de apa yang best sangat.. selain tempat shopping.. Akhirnya kita pun pergi la ke Aquaria KLCC.. Seronok jugak!!

first time pegang tapak sulaiman.. Babah takut nak pegang.. takut TERmenjerit.. Babah kan penggeli.. jatuhlah saham babah nanti! hik3...




Sebelum ke KLCC, sempat singgah kat Tugu Negara. Lama tul tak gi sini. Paling last lebih kurang 25 tahun yang lalu. Masa babah tadika. Umi pun sama.. Tapi Abang Adi takut dok kat situ, sebab dia kata patung tu asyik tengok dia je.. Iman pulak kata, dia nampak patung tu kenyit mata kat dia.. hik3..

Suka + Duka = ?

Hmm..
Hari ni merupakan hari yang penuh suka + duka... apalah nak digambarkan perasaan seisi rumah kita hari ni...

SUKA
HARI INI MERUPAKAN HARI GEMBIRA...
Apalagi kalau bukan dapat pulang ke kampung bertemu opah dan atuk serta sanak saudara. Abang Adi dan Kakak Iman sudah tak sabar-sabar lagi nak balik ke kampung. Maklumlah.. kalian dah cuti seminggu. Babah dan umi sahaja yang masih bertugas sehingga ke hari ini.

Selepas solat jumaat nanti, kita semua akan bertolak balik ke Pahang. Kita akan terus ke Bentong rumah Wan Anjang sebab semua ahli keluarga kita sudah berada di sana. Esok merupakan hari persandingan Mak Long Yana. Semua ahli keluarga kita awal-awal lagi dah berada di sana. Yang tinggal cuma kita saja lagi yang masih di sini.. InsyaAllah.. malam nanti kita semua akan bersama-sama mereka.. Semoga perjalanan kita selamat sampai ke destinasi.

Hmm.. Apabila kita pulang sahaja ke kampung.. maka akan bermulalah perjalanan kita yang tanpa henti selama cuti kali ni. Macam-macam perancangan yang umi dan babah dah aturkan untuk memenuhi jadual cuti persekolahan kita yang panjang kali ni. Tapi tak de lah lama sangat. Paling lama kita akan balik semula ke JB pada raya ke3 Hari Raya Haji nanti. Maknanya tak sampai 20 hari pun kita meninggalkan JB ni.

Antara rancangan babah dan umi dalam cuti ni adalah.. bercuti di Pulau Pangkor.. (Chalet dah ada.. tapi x pasti nak pergi ke tak). Ataupun kita akan bercuti di pantai Rompin.. (juga masih dalam perancangan dengan Mak Teh Yanti) dan yang pasti.. kita semua akan memanjat bukit Cameron Highland untuk kali yang ke2 dalam tahun 2008 ni. Hmm.. mesti pening2 lagi lah anak2 babah ni! Stand by plastik ye!! Selain kita lepak2 rumah opah di Sg. Buloh atau di Karak, kita juga akan balik ke kampung Bagan Datoh Perak. Jumpa Opah Apit di sana. Lain-lain.. kita jalan sekitar KL je lah. Sebab dah lama nak ajak anak-anak babah ni pergi Zoo Negara, Tugu Negara dan apa2 lah tempat2 yang menarik sekitar KL. Nama je selalu balik ke Sg. Buloh.. kalau tanya babah, KL Tower pun babah tak pernah gi.. Isk3.. Cuti ni kalau ada peluang, gi la kot!

Kenangan sewaktu di Cameron Highland Jun 2008


Hmm... byk perancangannya.. maka byk jugak lah pitih yg akan mengalir nanti.. Mesti laju bak air terjun Lentang di Bentong tu.. Hmm.. agak2 tak cukup duit.. kita lepak kat Lentang je lah nanti!.. hik3...



DUKA
HARI INI MERUPAKAN HARI SEDIH...
Seisi rumah kasehKAMI hari ini akan menangisi hari terakhir bibik kami di JB ni. Hari ini merupakan hari terakhir bibik menghirup udara segar dan melihat mentari terang di ufuk Johor Bahru ini. Bibik akan meninggalkan Johor Bahru.. Kita tidak akan ada bibik Yati lagi selepas ini.. Namun... hari ini bukanlah hari terakhir bibik bekerja dengan kita. Hari terakhirnya nanti ialah pada tanggal 10 Disember 2008 nanti.

Kepulangan kita ke kampung hari ni merupakan pemergian bibik meninggalkan kita semua di JB. Bibik terpaksa pulang ke Indonesia pada akhir bulan Disember nanti. Sepatutnya bibik masih ada lagi kontrak dengan kita sehingga tahun depan. Tapi disebabkan masalah anak-anak bibik di Indonesia, bibik terpaksa pulang. Dan seharusnya kita pula terpaksa berkorban melepaskan bibik pergi. Sebelum kita semua pulang semula ke JB pada 10 Disember nanti, kita akan melambai bibik buat kali terakhir di rumah agensinya di KL nanti, dan membawa bibik yang baru ke JB. (Minta2.. biarlah ok bibik yang baru nanti)

Memang kita semua sayang nak melepaskan bibik pergi. Sebab bibik memang baik dan sangat disenangi oleh kita semua dan keluarga-keluarga kita yang lain di kampung. Bibik Yati ni tak seperti bibik Upik kita sebelum ni yang ganas dan tak pandai menghormati orang lain, selain agak berkira kerja bila disuruh. Namun bibik Yati sekalipun tidak pernah begitu.

Hampir setahun bibik bekerja dengan kita, sekalipun umi dan babah tidak pernah sakit hati pada bibik. Sekalipun babah dan umi tidak pernah rasa tidak puas hati dengan kerja-kerja bibik. Dan sekalipun babah dan umi lihat Abang Adi dan Kakak Iman tidak suka pada bibik. Sesungguhnya babah dan umi menyedari.. kita semua menyenangi bibik dan suka bibik tinggal terus bersama kita.

Kalau ikut umi, umi nak tahan bibik dari pergi. Tapi babah yang nasihatkan umi supaya jangan tahan bibik pergi. Biarlah bibik pergi. Tanggungjawab dia pada anak-anak dia di sana itu lebih penting dari tanggungjawab dia menjaga anak-anak umi dan babah di sini. Babah suruh umi bayangkan sekiranya umi yang berada di tempat dia.

Satu ketika dulu, umi dan babah terpaksa tinggalkan abang dan kakak di kampung selama 2 bulan.. umi hampir hilang kewarasan.. Inikan pula bibik yang sudah meninggalkan dua permata hatinya selama setahun.. Sudah tentu rindunya sudah tidak dapat ditanggung lagi. Tambah pula suami bibik juga sudah tidak dapat lagi menjaga anak-anak bibik di sana. Sudah tentulah hati ibu mana yang tidak risau mengenangkan nasib anak-anaknya yang jauh di mata tanpa penjagaan. Tak apalah.. kita semua perlu belajar untuk pasrah pada keadaan.

Babah dan umi tak dapat nak bayangkan baby Faei tanpa bibik nanti. Atau ragamnya dengan bibik yang baru.. Sudah tentu dia akan tercari-cari bibik Yati. Begitu juga dengan Abang Adi dan Kakak Iman yang sangat manja dengan bibik. Sememangnya bibiklah yang paling rajin membancuh botol susu kalian bertiga setiap hari.

Secara jujur.. umi dan babah sifatkan.. bibik memang seorang insan yangbaik, jujur dan ikhlas.. Terima kasih bibik. Terima kasih yang tidak terhingga kerana dapat membantu kami selama setahun ini dengan sangat baik sekali. Rasanya tidak berbaloi gaji RM450 sebulan dengan sumbangan bibik terhadap kami setiap hari. Semoga Allah membalas segala kebaikan bibik dengan keredhaan dan keberkatan dariNya. Moga bibik terus dikurniakan kesenangan dan kebahagiaan.. di dunia dan akhirat.. Amin.

Biarlah bibik pergi.. asalkan dia pergi dengan baik. Biarlah bibik pergi.. asalkan kita sama-sama dah lakukan yang terbaik.

Selamat jalan bibik...

BABAH WON!!!

Ecehcehceh.. macam tajuk blog cerita KUDAT la pulak.. "UMI WON!!"

Petang tadi, sambil babah melepek atas katil meneman umi yang mula menyusun baju untuk balik kampung Jumaat ni, tiba-tiba telefon babah berdering.. nombornya tak naik.. Alahai.. syarikat apa la pulak ni.. mesti nak ajak dengar promosi itu dan ini ni.. Memang sejak akhir2 ni, banyak betul syarikat baru yg dapat no babah dan jemput dengar diorang promosi. Malas betul nak layan.

Petang tadi.. dalam ketermengahan babah yang baru first time kena ASMA sejak dua tiga hari ni, babah jawab la jugak panggilan tu..

"Hello.. boleh saya bercakap dengan Encik Mior Syaaaazzz....." begitulah payahnya cik puan tu nak menyebut nama babah. Memang selalu macam tu. Payah sangat ke nama SYAZRIL tu untuk disebut.. isk3...

"Ya saya bercakap.. siapa ni? Ada apa?" babah jawab serius..

"Encik.. saya ... buat panggilan dari Menara Maxis KLCC.. Bulan 9 hari tu encik ada tak menyertai pertandingan yang dianjurkan maxis dalam laman webnya..?"

"Oh ya.. ada!.. kenapa?" Babah dah mula exited..

"Hmm.. saya nak ucapkan tahniah sebab enciklah pemenang utamanya.. berupa Hanphone Nokia N Series Music Edition"

(Wah! N series tu!.. betul ke ni? babah tengok dalam web, ada 2 N series music edition.. satu N70 macam gambar di atas.. harganya sembilan ratus lebih dekat2 seribu. Satu lagi N79, harganya dekat2 dua ribu.. Yang mana satu ek?)

"Oh ya ke..? Abis apa yang perlu saya buat..?" Babah semakin exited terus terduduk dari baringan sambil menghayunkan siku babah mengisyaratkan 'YES!.. YES!' pada ummi yang tersenyum..

"Hmm.. bila cik boleh datang ke menara maxis di KLCC?"

"Er.. saya sekarang kat JB. Saya balik Sg. Buloh Jumaat ni.. Isnin la kot.." Senyuman babah semakin melebar.. Lupa dah ke semput yang babah alami ni..

"Ok, Isnin Encik boleh datang after lunch ke menara maxis KLCC, tingkat 8 jumpa dengan ***. Sebelum datang, sila call dulu nombor ni.. *** sebab kami nak stand by camera untuk penggambaran"

"Ok.. thank you so much.. see u on monday.. bye"

Alhamdulillah.. kalau benarlah seperti yang dikata.. tak sabar babah tunggu Isnin nanti.. :)
Harap2.. ini bukanlah satu penipuan dan pembohongan.. Apa2pun.. tunggulah Isnin nanti..

Sajak Nasihat Untuk Anak-anakku..

Babah dan ummi tujukan sajak ini.. istimewa untuk anak-anak babah dan ummi.. sempena hari ulang tahun kelahiran kalian..


Anakku dengarlah ayahmu bermadah.. sebagai nasihat untukmu semasa hayat masih di badan.. sebelum ayah memejamkan mata sebagai ingatanku dan kenanganmu..


Anak-anakku yang tercinta


Jika kamu alim.. jadilah obor kepada semesta..


Jika kamu jahil.. bernaunglah di bawah cahaya..


Jika kamu kaya.. jadilah bank kepada masyarakat


Jika kamu miskin.. berbanggalah untuk keredhaan Tuhanmu.. hindarlah dari meminta-minta
supaya terpelihara keizzahanmu.. Biarlah kamu miskin dengan Tuhanmu, kaya dengan manusia..


Jika kau saudagar.. jauhilah riba.. betulkan timbangan.. berbuat adillah dalam berjual beli..


Jika kamu perlu.. mintalah kepada Tuhanmu agar manusia tidak menghinamu..


Jika pemimpin.. jadilah payung kepada umatnya.. rendahkan sayapmu jika kamu dipimpin.. serahkanlah kepada kebijaksanaan ketuamu..


Jika kamu pejuang.. banyakkan mengingati Tuhanmu.. hadapilah musuh.. jangan melampaui balasan-batasannya..


Jika kamu menderita.. tersiksa.. berserahlah kamu.. itu tanda 'basyar' dari Tuhan.. Tuhan kasih padamu.. kasih Tuhan itu lebih besar dari kasih seorang ibu kepada anaknya..



petikan dari : http://kawansejati.ee.itb.ac.id

Hadiah Hari Jadi..


Hmmm... Suka sangat kakak Iman dapat hadiah scooter. Dah lama sangat dia mengidam scooter tu. Akhirnya.. babah tunaikan juga hajatnya setelah dia berjaya score straight 'A' dalam peksa akhir tahun yang lalu. Tahniah kakak Iman.. Lepas ni, basikal lama yang kakak warisi dari abang tu akan jadi besi buruk je lah nampak gaya nya!

Abang Adi pulak.. tahun ni, babah tak boleh la nak beli apa2 hadiah yg besar2 untuk abang. Sebab tahun lepas abang dah dapat hadiah basikal tu. Tahun lepas kakak Iman tak dapat hadiah besar. Kakak Iman hanya mewarisi basikal lama abang ja yg babah upgrade sikit. Tapi untuk tahun ni, untuk tidak mengkecilkan hati Abang Adi, babah tunaikan juga hajat abang yang selalu abang minta babah belikan.. Tidak lain dan tidak bukan.. loceng basikal. Suka bukan main lagi abang. Katanya "rasa macam naik basikal baru" je bila babah dah pasangkan loceng basikal.. Hmm.. Mungkin itu ayat penyedap hati dia kot..? Hihihi..

Baby Faei yang tak de sambut hari lahir pun kena gak tempiasnya.. Babah belikan kereta jeap untuk Faei.. Ambooooi.. bukan main lagi Faei.. Nak usik jeap dia pun tak boleh.. melompat-lompat dia marah.. :)

Ni hadiah dari Ummi utk abang dan kakak.
Bantal oren tu utk Abang Adi.. Pink bunga2 tu kakak punya..

.

Happy Birthday Abang Syadi...

Alhamdulillah.. hari ni Abang Adi dah genap usianya 6 tahun..

Dah habis sekolah tadika.. dah konvokesyen.. baru masuk umur 6 tahun. Itulah nasib anak-anak babah yang lahir akhir-akhir tahun belaka.. Walaumacammana pun, babah bangga sebab cikgu Abang Adi kata, walaupun Abang Adi lahir diakhir tahun, perkembangan pemikiran Abang Adi jauh lebih baik dari kawan-kawan abang yang lahir diawal tahun. Keputusan peperiksaan akhir tahun abang adi dapat 95% markah purata keseluruhan.. Tahniah bang! Babah tahu.. susah tu. Sebab buku-buku abang semuanya for year 2. Tahun depan Abang Adi akan masuk darjah satu di sekolah umi. Bukan main bersemangat lagi Abang Adi nak pergi sekolah.

Selamat Hari Lahir Abang! Dari babah, umi, kakak Iman dan baby Faei..

Happy Birthday Iman Izzatie..


Selamat Ulang Tahun yang ke-5
Iman Izzati binti Mior Syazril
15 November 2008


Tiket Penerbangan Untuk Babah


Bila babah akan berangkat dari alam ini?

Maklumat penerbangan ini tidak terdapat dalam mana-mana brochures.. tetapi cukup lengkap butiran penerbangannya dalam AL-QURAN dan HADITH.

Penerbangan
nya bukanlah dengan pesawat MAS, AirAsia atau Royal Jordanian.. tetapi
ALJENAZAH

Bekalan
babah bukanlah bagasi seberat 23kg yang perlu dibayar sekiranya terlebih, tetapi bekalan yang boleh babah bawa adalah AMALAN yang tiada caj lebihan walaupun sebanyak mana?


Pakaian
perjalanan babah bukanlah dari jenama Pierre Cardin atau Dunhill, tetapi hanyalah sehelai KAIN KAPAN.


Perfume
babah bukan lagi dari jenama Channel babah, Georgeo Armani babah dan sebagainya, tetapi ianya adalah AIR MAWAR dan CENDANA


Passport
yang hanya diterima nanti bukanlah passport Malaysia, British atau American.. tetapi AL-ISLAM


Visa pula bukanlah setakat 6 bulan, tetapi untuk SELAMA-LAMANYA.

Yang melayan babah bukanlah pramugara & pramugari.. tetapi IZRAIL dan lain-lainnya.


Tempat pendaratan
bukanlah di KLIA, LCCT, Airport Senai mahupun di Jeddah.. tetapi di LIANG LAHAD.


Ruang menunggu
yang disediakan bukanlah di bilik berhawa dingin dan red carpet.. tetapi bilik 6 kaki dan gelap gelita.


Pegawai Emigresen
nya pula bukanlah pegawai-pegawai kastam, tetapi MUNKAR dan NAKIR. Mereka hanya memeriksa samada babah layak ke destinasi seterusnya yang bukan ke Disneyland, Paris, Amman mahupun ke Makkah.. tetapi samada ke SYURGA atau NERAKA.


Tempat transitnya adalah di ALAM BARZAKH.


Penerbangan ini tidak dinyatakan nilainya.. ianya PERCUMA. Wang simpanan babah tidak akan dihabiskan.

Penerbangan ini tidak akan dirampas, oleh itu tidak perlu sebarang kebimbangan.


Sebarang sajian tidak disediakan. Oleh itu tidak perlu risau tentang halal haramnya.


Penerbangan ini tidak pernah delay. Ia berangkat dan tiba tepat pada waktunya.


Jangan risaukan jika tidak mendapat tiketnya. Kerana penerbangan ini telah ditempah sejak babah disenyawakan dalam rahim ibu babah.


Penerbangan ini juga merupakan kelas pertama kerana babah tidak akan risau dengan orang di sebelah babah, kerana hanya satu tempat duduk sahaja yang disediakan untuk babah.

CUMA BABAH PERLU INGAT...


Penerbangan ini umpama cabutan bertuah yang babah tidak sedari rupa-rupanya babah telah terpilih untuk menyertainya secara paksa.


SUDAHKAN BABAH BERSEDIA UNTUK BERANGKAT DENGAN PENERBANGAN INI?

UMUR SEMAKIN TUA..

MUNGKIN MASANYA HAMPIR TIBA...

Happy Birthday Babah!


Selamat Ulang Tahun Babah yang ke-31
pada 13 November 2008


keghoje udoh setel!

Alhamdulillah...
Akhirnya.. selesai juga kerja-kerja berat babah akhir tahun ni.. Penat betul! Sampai tergeliat urat pinggang babah.

Babah dah selesaikan menyampaikan 4 siri kursus utk guru2 bahasa arab neg. Johor..
Babah dah selesai mengumpulkan data ePELAPORAN j-QAF daerah JB untuk digabungkan diperingkat negeri sebelum ke kebangsaan.. (sikit punya problem! sakit kepala)
dan yang berat sikit.. selesai kerja babah sebagai pengarah projek Mukhayyam Bahasa Arab, Kem Bina Juara & Khatam al-Quran peringkat daerah Johor Bahru bagi tahun ni... yang baru berakhir tengahhari tadi... Thanks to all my friend.. ustaz ustazah yg sudi bekerjasama dengan babah untuk menjayakan program tersebut.. U all the best! Tahun depan kita kerja sama-sama lagi.. ok!

Disebabkan kesibukan babah sebelum2 ni.. byk peristiwa-peristiwa yang sepatutnya babah tuliskan dalam blog ni, tapi tidak dapat ditulis pada tarikh tersebut. Semuanya terkumpul untuk diceritakan di sini.. Tunggulah cuti sekolah nanti, babah akan up kan sikit2.. Umi pun sebelum ni sibuk dengan urusan-urusan sekolahnya.. Maklumlah.. guru kelas.. sampai sekarang umi masih dok siapkan lagi kerja2nya kat atas tu.. babah je yg lepak atas katil ni sambil online.. den dah ponek!

Antara peristiwa menarik yg nak babah ceritakan di sini nanti ialah tentang markah periksa akhir tahun Abang Adi dan Kakak Iman.. Majlis Konvokesyen Abang Adi.. dan ada juga peristiwa-peristiwa menarik sepanjang babah meninggalkan permata2 hati babah ni sewaktu babah outstation berhari-hari lamanya..

Sekarang babah dah peeeeenat sangat.. nak titun dulu.. InsyaAllah.. nanti kita jumpa lagi..

psst... jgn lupa.. esok pun ada peristiwa penting juga! hik3... :)

Antara gambar waktu program Mukhayyam Bahasa Arab

Peserta dan fasilitator Mukhayyam Bahasa Arab, Kem Bina Juara & Khatam al-Quran Peringkat Daerah Johor Bahru 2008

Babah memberi ucapan penutup sebelum dirasmikan oleh PPD.


Ust. Zahazan



Hmm.. dah lama babah tak menulis entri dalam blog ni.. (ada la kut dalam seminggu.. tak de la lame noo). Biasalah babah.. busy betul... sampai tahap gaban! Menguruskan kerja-kerja kat sekolah setelah meninggalkan sekolah bulan 10 hari tu.. sampai kontroversi gak la kat sekolah tuh.. hik2.. biolah.. org tak faham..
Pastu dalam masa yang sama, me'nyetel'kan epelaporan j-QAF daerah Johor Bahru yang cikgu2 JB ni liat betul nak hanto.. Sampai last minit baru nak hantar. 66 buah sekolah macam2 peel dan gaya data yang diorang hantar.. Puas babah nak kena betulkan dan tele kan..
Dan lebih memenatkan kepala otak babah apabila kena menjadi penyelaras kepada program2 peringkat daerah yang perlu dilaksanakan minggu akhir persekolahan nanti. Fuh! Nasib baik ada kawan-kawan dan sahabat yang sentiasa membantu dan memberi sokongan. Thanks la beb!

Tajuk babah hari ni adalah Ust. Zahazan. Petang tadi babah jumpa Ust. Zahazan kat Badan Book Store Plaza Angsana. Kami ke sana untuk beli barang2 keperluan untuk program daearh minggu depan. Alih2.. ada pulak Ustaz Zahazan.. Dia buat promosi buku2nya. Ramai peminat-peminat ustaz Zahazan berada di meja promosinya. So, babah dan umi dengan member babah Ust. Nizam dan isterinya Ustzh Maizathul pun tanpa fikir panjang.. terus beli 30 buah buku sebagai cenderahati fasilitator utk program kami minggu depan. Siap dapat sign semua buku yang kami beli tu... Best betul! Jumpa Selebriti lah katakan!! Setiap pagi hanya dengar suara ustaz je di radio IKIM sewaktu babah dalam perjalanan ke sekolah. Kagum sangat dengan ilmu yang dikongsikan olehnya setiap pagi.. Itulah yang menjadi antara santapan rohani babah setiap pagi.

Walaupun ustaz Zahazan pun dulu belajar di Jordan, tapi babah dan umi tak berkesempatan nak kenal beliau sewaktu di sana. Dia habis belajar, babah pula yang baru datang ke sana... So tak sempat jumpa. Tapi hari ni dapat jumpa dan bersembang lama dengan ustaz.. Memang ustaz Idola babah, umi dan kawan2 babah.. Excited sangat!!!



Pengikut

Blog babah

Senarai blog menarik

Lanjutkan kasehKAMI dalam kasehNYA

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker .

Mior Syazril.................................

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Izan............................................

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Mior Muhd. Irsyadi........................

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Iman Izzati..................................

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Mior Muhammad Irfaei..................

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Mior Muhammad Irhamni..............