IKLAN PEMBANTU RUMAH

Alahai...
susahnya nak mencari pengganti bibik yang balik ke Indonesia hari tu. Memula kata ada pengganti.. at last.. tak de pulak. Bila dah ada, tak nak pulak datang ke Johor Bahru.. nak kerja kat area2 KL je.. Isk isk isk.. Try la iklan kat sini..

DIPERLUKAN SEGERA!!!

PEMBANTU RUMAH
SEPENUH MASA / SEPARUH MASA
(warganegara Malaysia diutamakan)

LOKASI : TAMAN SERI AUSTIN, JOHOR BAHRU

Butiran Pekerjaan :

- Gaji yang ditawarkan adalah RM450 - RM500.

- Makan minum ditanggung oleh majikan.

- Tempat tinggal/bilik disediakan (untuk sepenuh masa)
(Bilik dilengkapi tv dengan siaran2 Singapura, Indonesia dan Malaysia. Siaran Astro di ruang tv utama)


- Peralatan diri (shampu, sabun dll) juga ditanggung oleh majikan.

- Pekerjaan majikan (suami isteri, guru sesi pagi)

- Anak majikan : 3 orang (7 tahun, 6 tahun dan 1 tahun 3 bulan). (Pembantu hanya menjaga 2 orang anak sahaja ketika majikan keluar bekerja - anak 1 tahun 3 bulan dan 6 tahun sahaja)

- Waktu majikan keluar bekerja 6.30 pagi - 3.30 petang (bersama anak 7 tahun).

- Cuti boleh dibincangkan.

- Pembantu juga boleh mengikut majikan bercuti pada musim cuti sekolah.

- Kerja-kerja yang perlu diutamakan
1. Mengurus 2 orang anak.
2. Mengemas rumah.
3. Menguruskan kain baju.
4. Memasak (tidak diutamakan).
5. Membantu perkara2 mudah yang lain.


Sesiapa berminat, sila hubungi terus ke talian majikan 012-7890039 (Mior Syazril) sebelum 28 Disember 2008 / 4 Januari 2009


Cameron Highland Disember 2008

Sekitar kenangan kita di Cameron Highland 30 Nov - 3 Disember 2008

Satu pose istimewa dari trio anak2 babah..

Hmm.. enaknya menikmati fresh strawberry ice cream..
RM7 semangkuk! berbaloi..


Di Taman Rama-Rama

Di Cactus Point..

Babah kita yang comel..

Ummi yang anggun..
Baby Faei yaaang...... eiii.. keletahnya dia!



Our lovely Opah Babah & Wan Anjang..


Di ladang teh BOH Sungai Palas..

Pokok apa yang pohonnya di bukit, pucuknya di air..?
(Soalan masa babah gi interview nak jadi cikgu)

Minum semeja dengan mamat dari Perancis.
Lupa lak nak tanya "Commen tu tapelle?"


Antara yang babah ZOOM..

Uncle Aus..

Semalam seharian babah tak lekat kat rumah opah umi di Sg. Buloh ni. Dari pukul 10 pagi babah keluar, sampailah pukul 11.30 malam baru babah balik.. Babah pergi mana? Sian anak-anak babah...

Babah memang seronok!
Babah dapat jumpa sahabat lama babah, uncle FIRDAUS DATO' HJ. ISMAIL KAMUS. Siapa yang tak kenal ayahnya salah seorang ulama ternama di Malaysia ni.

Memang tak de kerja cuti ni kalau tak makan angin, babah hanya makan tido aje di rumah opah umi ni. Sebab tu babah try conctact uncle Firdaus (uncle Aus) untuk jumpa. Memula ingat nak gi je office dia kat Jalan Raja Alang, Kampung Baru kat KL nun.. Walaupun babah tak pernah gi office dia, tapi boleh cari! KL bukan besar sangat.. Tapi rupanya dia tak masuk office hari jumaat. So, babah mintak alamatnya dan bila dah dapat, babah cari rumahnya di Keramat sana.. Alhamdulillah.. tak susah sangat nak cari. Jumpa! Sebelum solat jumaat babah dah sampai.

Punya seronok babah dapat jumpa uncle Aus. Hampir 5 tahun juga babah tak jumpa dia. Acik Wahida tak de.. dia kerja. Anak-anak uncle Aus pun ada di rumah di asuh oleh bibik mereka. Yang sulung si Fakhri dah besar bukan main! Dah nak masuk darjah 2 tahun depan.

Babah masih ingat masa Fakhri di Jordan dulu. Masa tu Fakhri dah setahun, abang Adi pula baru lahir. Banyak barang-barang baby lebihan Fakhri yang diberi pada babah dan umi oleh uncle Aus untuk kegunaan abang Adi.

Muka Fakhri masih tak jauh beza. Chabi.. Tapi babah terlupa pula nak snap gambar2nya dek kerana terlalu seronok bersembang dengan uncle Aus.

Lepas solat jumaat dan makan tengahhari, babah pun tinggalkan kereta kita di rumah uncle, dan ikut uncle gi kerja. Fuh!.. Memang jauh beza kerjaya uncle dengan kerjaya babah. Memang uncle Aus seorang yang komited dengan kerja. Dalam satu masa, dia boleh handle banyak perkara berkenaan perniagaannya. Menguruskan hal penerbitan buku2 Ustaz Zahazan, stok barang-barang bantu mengajar (BBM) j-QAF untuk JAPIM, penyelarasan software yang digunapakai oleh Bahagian Teknologi Pendidikan (e-alQamus), dan tak kurang hebat juga dengan perniagaan ternakan ayam kampung di Rasa, Rawang sana nun. Babah menenggek je atas Honda Sivic baru uncle Aus mengikut ke sana dan ke sini. Melihat satu suasana yang baru pada babah.

Pukul 10 malam, baru kami kembali ke rumah uncle di Keramat, dan pukul 10.30 lebih baru babah balik ke Sg. Buloh. Fuh.. penat tetapi menyeronokkan..

Pengikut

Blog babah

Senarai blog menarik

Lanjutkan kasehKAMI dalam kasehNYA

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker .

Mior Syazril.................................

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Izan............................................

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Mior Muhd. Irsyadi........................

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Iman Izzati..................................

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Mior Muhammad Irfaei..................

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Mior Muhammad Irhamni..............