Percutian Disember 2009

Fuh.. lama betul blog ini tidak dikemaskini dengan cerita-cerita terbaru. Cuti yang panjang... tetapi penuh dengan tugasan.

Dua minggu sebelum berakhir cuti sekolah, babah dan umi baru berkesempatan untuk membawa anak-anak babah cuti dan berseronok. Walaupun tempatnya tak jauh dari JB, tapi keseronokkannya berganda dengan kehadiran Ammu Nain & Acik Shima serta Ammu Nizar & Acik Aishah.


DESARU DAMAI BEACH RESORT

pandangan dari balkoni hotel







TANJUNG BALAU

bermain layang-layang

TAMBAK JOHOR
berlatar belakangkan Singapura

DANGA BAY






DI RUMAH ZIN AKMAL DI NUSA IDAMAN

KOTA ISKANDAR


Anugerah Cemerlang SKKT & Gradiation cum Concert Tadika Suria Bestari


Dalam kesibukan kita semua dipenghujung tahun, babah masih mencari sedikit kesempatan untuk meninggalkan secebis kenangan manis buat anak-anak babah yang disayangi. Semoga kenangan ini kekal di sini untuk kalian tatapinya suatu masa nanti.

14 November 2009 adalah merupakan hari yang sangat bermakna bagi anak-anak babah (Abang Adi dan Kakak Iman). Ianya juga sangat istimewa bagi babah dan umi. Manakan tidak kerana pada hari tersebut Babah dan Umi merasa sangat gembira melihat kejayaan Abang Adi dan Kakak Iman di sekolah masing-masing. Walaupun keputusan akhir tahun ini tidak secemerlang keputusan pertengahan tahun, namun ianya masih lagi dikategorikan sebagai keputusan yang cemerlang. Tahniah buat abang dan kakak.

Hari Anugerah Cemerlang
SK Kangka Tebrau 2009

Seawal jam 6.30 pagi lagi abang dan umi dah bersiap-siap untuk ke sekolah. Babah masih bermalas-malas di katil. Maklumlah hari sabtu. Abang dah beriya-iya suruh babah bersiap untuk sama-sama ke sekolahnya bersama umi. Babah hanya berkata akan menyusul kemudian kerana pada sebelah pagi hanya acara ucapan sahaja. Babah berjanji akan sampai ke sana sebelum acara penyampaian hadiah. Abang memegang janji babah.

Babah sampai di sekolah abang ketika semua ibu bapa sedang menyaksikan persembahan murid tahun 6. Sejurus kemudian semua tetamu berehat dengan menikmati jamuan yang telah disediakan. Acara penyampaian hadiah adalah selepas rehat. Babah tidak terlewat.


Kata umi, abang asyik bertanya pada umi samada babah dah sampai atau belum. Bila umi mengatakan babah dah ada di dewan, terpancar wajah gembiranya dengan penuh rasa bangga. Babah tak tahu nak gambarkan kekecewaan abang sekiranya babah tidak dapat hadir hari ni.

Ketika abang berjalan dalam barisan menuju ke tepi pentas, babah dapat melihat kepalanya yang menjenguk-jenguk mencari babah duduk di bahagian mana. Seronoknya abang bila mula ternampak sesusuk tubuh babah yang duduk di barisan ke lima di tengah-tengah dewan terbuka itu. Mukanya penuh rasa bangga.

Walaupun Umi sebenarnya agak kecewa dengan pencapaian abang pada akhir tahun ini, namun itulah keputusan yang harus diterima. Abang tidak dapat mengekalkan kedudukannya nombor 2 seperti dalam peperiksaan pertengahan tahun. Kedudukkannya jatuh kepada nombor 4 dengan beza 3 atau 4 markah sahaja dari murid yang mendapat nombor 3. Peratusnya juga agak jatuh, tetapi tidaklah terlalu banyak. Inilah yang menjadi bebelan umi kepada abang yang terlalu banyak menonton Astro Ceria, selain sikapnya yang cuai ketika menjawab sehingga salah menjawab pada soalan yang sangat mudah. Sedangkan berkali-kali umi dan babah pesan supaya abang membaca soalan berulang kali sebelum menjawab dan menyemaknya setelah selesai menjawab. Kesilapan abang adalah, terlalu memandang remeh dan mudah semua soalan yang terdapat dalam kertas soalan. Itulah akibatnya. Lain kali jangan buat lagi!

Berikut adalah pencapaian peperiksaan abang akhir tahun dan perbandingan dengan peperiksaan pertengahan tahun.

Keputusan Peperiksaan Akhir Tahun 2009


Keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun 2009

Peratus Peperiksaan Setengah Tahun : 96.4%
Peratus Peperiksaan Akhir Tahun : 94.0%
BEZA : kurang 2.4%

Markah Penuh Setengah Tahun : 482/500
Markah Penuh Akhir Tahun : 470/500
BEZA : kurang 12 markah

Kedudukan Peperiksan Setengah Tahun : 2 / 32
Kedudukan Pepeeriksaan Akhir Tahun : 4 / 28

Walaubagaimanapun, babah dan umi mengucapkan tahniah kepada abang kerana kekal no 4 dalam kelas abang, dan aliran tahun satu keseluruhan.



Tadika Suria Group
Graduation cum Concert
Dewan MAWAR, Johor Bahru
14 NOVEMBER 2009

Dalam hari yang sama, setelah kembali dari Hari Anugerah Cemerlang di sekolah abang, babah dan umi bergegas pula membawa kakak ke majlis graduasinya di Dewan Mawar Johor Bahru. Hari ini sangat istimewa kerana selain menyaksikan kakak akan memakai baju konvokesyen dan naik ke pentas menerima scroll, babah dan umi juga buat pertama kalinya melihat persembahan tarian kakak di pentas. Teruja sungguh nak melihat kakak menari.

Walaupun kakak adalah harapan umi untuk merangkul nombor satu seperti hasil peperiksaan pertengahan tahun yang lalu, namun kakak tidak mampu mengekalkan kedudukannya. Kasihan umi yang terlalu kecewa kerana kakak hanya mendapat tempat top 10 sahaja.

Tiada siapa yang bersalah. Kakak memang seorang anak yang baik dan rajin berusaha. Malangnya ketika waktu ujian akhir tahun berlangsung kakak demam panas dan dua hari tidak dapat hadir ke sekolah sekaligus tidak dapat menduduki ujian akhir tahun pada hari dan waktunya. Akhirnya kakak terpaksa menjawab banyak kertas soalan dalam satu hari selepas kakak pulih dari demam. Kasihan kakak kerana tidak dapat memberi tumpuan yang baik ketika menjawab sehingga 6 kertas soalan dalam masa sehari.

Inilah hasil ujian pertengahan dan akhir tahun kakak...
Rakaman video peristiwa 14 NOVEMBER 2009

1. Anugerah Matapelajaran Terbaik Bahasa Melayu


2. Anugerah Khatam Iqra' dan Terbaik Kem Bestari Solat Tahun 1


3. Iman Izzati Graduation


4. Iman Izzati Dancing

Undangan Perkahwinan Wani & Wan

Photobucket

Kepada semua sanak saudara, sahabat handai, rakan taulan dan sesiapa yang mengenali diri kami,
kami ingin menjemput anda dan keluarga ke Majlis perkahwinan adik perempuan bongsu (babah), Hazwani pada

28 November 2009
Sabtu
(Raya Haji ke2)

Semoga kehadiran tuan/puan akan lebih memberkati majlis ini nanti




Enti.. habibatie... zawjati...





Zawjati (My Wifeeey...)

Uhhibuki misla maa anteee” I love you the way you are,
Uhiibuki kaifa ma kunteee” I love you the way you were,

Wa mahma kaana ,mahmaa saara“ No matter what did or will happen
anti habeebati anteee” You are and will be My Darling.

Zawjateee…” My Wifeeey…

anti habeebati anteee” You are and will be My Darling.

Uhhibuki misla maa anteee” I love you the way you are,
Uhiibuki kaifa ma kunteee” I love you the way you were,

Wa mahma kaana ,mahmaa saara“ No matter what did or will happen
anti habeebati anteee” You are and will be My Darling.

Zawjateee…” My Wifeeey…

halaali anti laa akhshaa adulan…an numaqteee…” You're my rightful wife, I don’t fear sin… I don’t care not about those who like to reproach and irritate me.
"laqad azina zamaanulana bi wuslim ghayri mumbatteee” It is our destiny to be Together eternally.

Saqaytil hubba fi qalbi bi husnil fa a’li was-samti” In my heart you instilled love With grace and good deeds.
yagheeb-us’-sa’adu innibti” Happiness vanishes when you disappear,
Wa yasful a’yshu inji ti” Life brightens when you're there.

nahaari kaadihum hatta izaa ma a’ttulil baytee” Hard is my day Until you return home.
Laqituki fanjala anni duna ya izaaa tabassamteee” Sadness disappears When you smile. J

Uhhibuki misla maa anteee” I love you the way you are,
Uhiibuki kaifa ma kunteee” I love you the way you were,

Wa mahma kaana ,mahmaa saara“ No matter what did or will happen
antee habeebati anteee” You are and will be My Darling.

Zawjateee…” My Wifeeey…
antee habeebati anteee” You are and will be My Darling.

tagiku bi al hyaatu iza bi aa yauman tabarramti” Life turns black When you're upset,
fa asssaa jaahidan hatta aw haqqi qaamaa tamannaytee” So I work hard To make your wish come true.

anaaee anti fal tanay bi jifhil hubbi maa ashtee” You're my happiness. May you be happy forever.
"Fa roohanaa qadi talafa ka mislil ardhi wa annabteee" Our souls are united Like soil and plants.

wa amali wa Yaa sakaanee Yaa unsi wa mulhimateee” ”You're my hope, my peace My good company and inspiration.
yatibul a’eshu mahmaa daaqatil ayyaamu intibteee” Life is good, no matter how hard it is, When you're fine.

wa amali wa Yaa sakaanee Yaa unsi wa mulhimateee” ”You're my hope, my peace My good company and inspiration.
yatibul a’eshu mahmaa daaqatil ayyaamu intibteee” Life is good, no matter how hard it is, When you're fine.

Uhhibuki misla maa anteee” I love you the way you are,
Uhiibuki kaifa ma kunteee” I love you the way you were,

Wa mahma kaana ,mahmaa…saaraa“ No matter what did or will happen
anti habeebati anteee” You are and will be My Darling.

Zawjateee…” My Wifeeey…

Lebaran 2009


Hmm.. dah lebih seminggu kita meraikan Syawal Al-Mubarak. Namun kemeriahannya tetap terasa lebih-lebih lagi hidup di Jay Bee ni yang biasanya orang beraya lebih dari sebulan.. (hehehe.. betul ke? Rasa-rasanya lah! Selalunya cam tu! Open house tak habis-habis)

Kelewatan kami mengupdate blog ini adalah kerana kesibukan kami beraya di kampung disamping masalah coverage yang lembab dan kena blok sebab try-try sim masukbroadband lain.. Tapi dah setel lepas call maxis semula..

Kesempatan yang ada, warga kasehKAMI ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin kepada semua. Maafkan segala salah silap kami, tutur kata (terumpat terkata) dan tingkah laku samada yang sengaja atau tidak, yang mana ianya telah mengguris hati dan perasaan anda semua. Kami pohon ampun dan maaf.




1 Ramadhan anak-anakku

Selamat Menyambut Ramadhan 1430H untuk semua ahli keluarga, sahabat handai dan kenalan semua.:) Semoga Ramadhan kali ini menjanjikan berjuta keberkatan dan keredhaan dariNya untuk kita semua . Insya Allah

Dan tahun ni tahun kedua bagi anak- anak umi melatih diri berpuasa. Tahun lepas abang Adi dan kakak Iman hanya berjaya berpuasa selama seminggu. Umi dan babah harap tahun ni akan lebih baik dan InsyaAllah abang adi dan kakak akan berjaya puasa penuh. Amin

Berdasarkan pencapaian semalam , umi dan babah rasa abang dan kakak mampu bertahan selagi dikurniakan kesihatan dariNya . InsyaAllah. Umi dan babah berdoa agar kalian sihat sentiasa dan terhindar dr sebarang penyakit dan membawa mudharat. Amin

Jam 6.30 ptg 1 Ramadhan. Kakak masih segar.. Abang agak melepek, masih tidur..adik? :))


Rezeki yang Allah beri hari ini..erk Alhamdulillah!!

Abang Adi lagi!

Abang Adi lambat sangat masuk kereta, umi masuk dulu.! Balik sekolah agama sempat lagi pusing- pusing satu sekolah ! ( Tengok la songkok pun dah terpusing:)


Balik rumah, Abang menyiapkan hasil kerja Seni Visual. Dek kerana salah faham:), Abang memberi kertas warna bahagiannya sendiri pada kawan. Akhirnya tak sempat siap. Jadi., kenalah siapakan ye Abang Adi !

Oleh kerana Abang Adi seharian berkepit dengan umi , maka post Abang Adi je yang keluar, tapi tak bermakna kakak ngan adik tak de ragam nya...ada! Tunggu! :)

Semangat !




Semangat abang dan kakak menyusun alatan sebelum pertandingan


Semalam adalah hari yang agak sedih bagi kakak Iman dan abang Adi apabila gagal membawa balik sebarang hadiah dalam Colouring Contest yang dianjurkan oleh Tadika Suria Group di Giant Tampoi. Sampai meleleh air mata abang, kakak juga yang relaks :)

Walaupun Abang hanya memasuki kategori Open, tapi semangatnya sama macam tahun lepas juga, iaitu semasa menjadi anggota Tadika Suria. Tapi hakikatnya, tahun ini tidak lagi. Abang bersaing dengan peserta yang lain berumur 7- 9 tahun.

Tahun lepas abang berjaya membawa pulang meja tulis rendah dengan hanya mendapat tempat ke 9. Hadiah tempat pertama dan kedua ialah sebuah basikal dan scooter ! Sebab itulah abang dan kakak berhasrat sangat memilikinya tahun ini.! Kakak pula membawa pulang hadiah saguhati berupa set stationary dan fail. Tahun ini. dah ditakdirkan tidak ada rezeki, harap abang dan kakak tidak akan putus asa dan terus berSEMANGAT untuk apa juga pertandingan dan membuat persediaan yang secukupnya .

Esok, abang akan menduduki Ujian 3 SKKT . Umi dan babah berharap abang akan lebih bersemangat untuk ujian ini. Abang Adi kena berikan tumpuan ketika menjawab dan semoga dapat berfikir teliti serta menjawab dengan tenang. Walaupun hanya ujian peringkat sekolah, umi dan babah harap abang akan sentiasa bersungguh2 ye..Semoga sukses dan cemerlang ..!! Amin.


Tapi kedua-keduanyanya tetap mandapat hadiah dari babah apabila sampai di rumah.. maka kakak dan especially abang pun kembali tersenyum lebar !! Terima kasih babah:))

Eight Little Baby Ducks !

Semalam adalah English Day sempena Minggu Panitia Bahasa Inggeris
SK Kangka Tebrau.

Gambar atas menunjukkan Abang Adi bersama 9 orang rakan lain sedang menyanyikan koir Inggeris Kanak- Kanak berjudul Eight Little Baby Ducks..semangat gitu..! Tapi kalau perhati kat atas pentas, memang meriah! yang menyanyi sepatutnya 10 orang, tapi guru Bahasa Inggeris tambah 8 orang untuk jadi Little Baby Ducks nya! :)

Kelas 1 Teratai yang diwakili Abang Adi dan rakan2, bersaing dengan 2 lagi kelas Tahun 1 iaitu 1 Teratai dan 1 Raya. Tapi malangnya umi hanya sempat merakamkam kelas Abang Adi je..:)

Tapi keputusannyabelum diumumkan lagi, tunggu majlis penutup nanti!


Abang Adi 5 dari kanan, semangat menyanyi campur malu2 kucing:) berdiri sebelah Athirah(Anak perempuan Cikgu Siti Sabariah). Sebab masa berlatih Sir Arsad dah usik Abang Adi katanya...amboi..amboi:)

Pengikut

Blog babah

Senarai blog menarik

Lanjutkan kasehKAMI dalam kasehNYA

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker .

Mior Syazril.................................

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Izan............................................

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Mior Muhd. Irsyadi........................

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Iman Izzati..................................

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Mior Muhammad Irfaei..................

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Mior Muhammad Irhamni..............