Abang Tolong Babah Buat.. Atau Babah Buat Abang Tolong?


"Adi nak cakap macammana nanti kat Cikgu Mazlien..?" soal Umi.

"Ayah dan ibu saya tolong buat", jawab Adi bersungguh.

"Bukan macam tu! Ibu dan ayah saya tolong saya buat", babah pula mencelah.

"Tak sama ke?" Soal umi semula.

"Mana sama! Kalau Ayah dan ibu saya tolong buat.. maknanya anaknya tengok saja lah! Tapi kalau ibu dan ayah saya tolong saya buat, ertinya ibu dan ayah buat sama-sama dengan anak.. betul tak?" Babah menjelaskan.

"Iyelah tu..", umi mengalah.

Memang betulpun. Babah tolong design dan reka. Adi tolong gunting-gunting. Umi pula tolong tengok dan komplen je. Ops... tolong lukis tayar.. hik3.. ;)

To Cikgu Mazlien... kami sebenarnya nak buat suruh dia ikut. Tapi dah tak de masa. Syadi balik mengaji baru nak buat. Pukul berapa nak siap.. kan!? So, hantar yang tu aje lah ye! Lagipun penyedian kereta kotak tu, kami banyak cungkil idea dan pendapat dia. Supaya hasil kereta tu macam kereta yang dia sendiri hasilkan. Cuma lagi dia yang tak banyak sentuh ketika kereta tu dibuat. Tak pe lah kan.. at least.. dia dapat pengalaman melihat kereta kotak tu dihasilkan. Walaupun tak canggih mana.. Tapi memang nampak dia seronok sangat! :) Next time kami akan pastikan Adi sendiri yang akan lakukan.

Hari Banjir...

Hari sabtu yang lalu adalah hari BANJIR...

1. Kereta umi dimasuki air hujan dari celah2 getah pintu hinggakan beg sekolah agama abang Adi yang ada dalam kereta tu habis basah ketika hujan lebat hari tu.

2. Ketika abang meninggalkan sebentar buku-bukunya di atas meja makan sementara dia buat kerja lain, tiba-tiba baby Faei memanjat meja dan mencurahkan seteko air milo ke buku-buku abang yang ada atas meja tu. Puas la bibik mencuci dan mengeringkan semula buku-buku abang tu dengan seterika.

3. Paling sodih.. waaaaaaaaaaaaa.... handphone babah yang baru beli akhir November tahun lalu (Sony Ericsson G900- yang harganya boleh beli mesin pengering baju 7 kilo) telah terjatuh ke dalam lubang jamban di sekolah. WAAAAAAAAAAAA... dah tak leh guna lagi hp tu...

Itulah hari sabtu (28 MAC 2009). Hari banjir...

(gambar tak sempat nak upload.. entri pun lambat nak tulis.. busy tahap gaban. Upload kemudian la ek!)

Kasihan kakak...

Masuk hari ini sudah 6 hari kakak demam, dan sudah 3 hari kakak tidak ke sekolah. Kasihan kakak.

Kakak mula demam pada malam Jumaat (19 malam 20 Mac), malam dimana kita semua berseronok di pantai Teluk Penyabung Endau, Mersing bersama Mak Ngah dan Acu. Petang sebelumnya tu kakak main di pantai seronok sangat. Esoknya pula kakak berpanasan main di tepi-tepi batu tepian pantai teluk tu. Mungkin itulah punca kakak demam dan masih tidak kebah sehingga ke saat ini.

Petang Ahad lalu babah dan umi dah bawa kakak pergi ke klinik berdekatan. Tapi sampai sekarang kakak masih tetap demam dan tidak bermaya. Makan tak lalu dan badannya semakin kurus. Asyik baring dan tidur sahaja. Tidurnya pun tak lena. Terkadang terdengar juga rengekan dan esakan kecil kakak ketika kakak tidur. Tapi tidak berpanjangan. Risau pula babah dan umi dibuatnya. Esok kalau demam kakak masih tak kebah juga, babah dan umi akan bawa kakak ke hospital pula.

Kepada semua pembaca dan pengunjung blog kasehKAMI, doakan agar kakak Iman segera sembuh ya! Jazakumullahu khayra jazak.

Keputusan Temuduga

"Assalamu'alaikum, ana Idris Abd Rahim, Bahagian pendidikan Islam ingin memaklumkan anda terpilih untuk kursus ke Oman. Kita dijadualkan berkumpul di Concorde Inn pada 1 April dan bertolak ke Oman pada 2 April. Sila buat passport dan akan dikumpulkan pada hari selasa dan rabu di pusat-pusat yang akan dimaklumkan kemudian. Terima kasih. Segala kesulitan amat dikesali"

Itulah sms yang babah terima malam tadi. Sms tu sampai pukul 10.20 malam, tapi babah membacanya pukul 12.30 malam. Lepas tu babah dan umi terus susah nak tidur. Mengenang dan membuat sedikit perancangan sebelum babah berangkat ke Oman pada 2 April nanti.

Segalanya bagai tiba-tiba. Temuduga yang babah hadiri pada pertengahan bulan Januari kelmarin akhirnya memihak kepada babah untuk mewakili Negeri Johor bagi menghadiri kursus Bahasa Arab di Oman selama sebulan itu.

Babah jadikan ini sebagai cabaran. Memang akan ada dugaan dan kepayahan yang bakal babah tempuhi nanti. Doakan babah tabah hadapi segala-galanya. Lebih-lebih lagi sudah tentu babah akan memendam rindu dendam terhadap kalian semua selama babah di sana nanti. Terutama baby Faei yang semakin mencuit hati babah dengan keletah-keletahnya itu.

Doakan babah...

Kenangan di Teluk Penyabung Endau Mersing

Kedamaian... ketenangan... dan privasi...

House Boat (Bot lama yang dijadikan chalet untuk family)


Ruang rehat di chalet yang nyaman menghadap Laut China Selatan yang luas


Ruang bilik yang agak kecil tetapi selesa dengan dilengkapi bilik air, tv dan aircond.


Menuju ke jeti bot


Pandangan ke chalet dari titi jeti bot


PENGEMBARAAN
MENGELILINGI PULAU-PULAU DAN KELONG-KELONG

DENGAN MENAIKI TONGKANG


DIHADAPAN KELONG ACHEH




KESERONOKAN MANDI LAUT TANPA GANGGUAN (PRIVASI)

Kedudukan chalet yang terasing dari chalet-chalet yang lain menjadikan pantai di hadapan chalet tu ibarat kami yang punya. Tidak ada orang lain yang berkongsi pantai dengan kami untuk berseronok, bermain dan bersuka ria.


Faei langsung tak takut dengan air. Puas babah dan bibik asyik dok mengejarnya. Pantang dilepaskan, pasti menderu ke air.



Idea untuk bercuti ke Mersing ini tercetus setelah atuk umi dan opah umi telah membuat keputusan untuk menyertai rombongan ke Padang Indonesia pada Selasa (17 Mac) yang lalu. Maka tinggallah acu dan makngah dua beradik je yang tinggal di rumah atuk di Sg. Buloh setelah ditinggalkan atuk dan opah. So, babah dan umi pun berbincang, kami sepakat untuk menyuruh acu dan makngah datang ke JB untuk kita sama-sama bercuti ke Mersing selepas babah dan umi periksa PTK nanti.

Sejurus babah dan umi habis sahaja periksa PTK pada 19 Mac (khamis) yang lalu, seperti yang dirancangkan kita semua pergi bercuti ke Mersing. Yahoooooo!!!

Mak Ngah dan Acu yang telah ada di rumah kita sejak selasa lagi telahpun bersiap sedia untuk berangkat ke Mersing. Sesampai saja umi dan babah di rumah dari periksa PTK, kita semua terus bergerak ke Mersing.

Perjalanan yang mengambil masa lebih kurang 2 jam itu tidaklah membosankan kerana masing-masing terlalu excited nak cepat sampai ke chalet tepi pantai seperti yang dikhabarkan.

Sebenarnya babah dan umi sendiri pun tak pernah sampai lagi ke chalet yang kita nak pergi hari tu. Sebelum ni kita pernah bermalam di Hotel Seri Malaysia Mersing. Tapi kali ni babah dah tak nak ke sana lagi. Babah nak mencari chalet tepi laut di perkampungan nelayan. So, dengan bantuan kawan babah (Ammu Zaini Chik) yang sememangnya orang Mersing, beliau telah mengaturkan tempahan chalet di "Chalet Che Zul" yang kita tidur tu seperti dalam gambar di atas.

Chaletnya nampak uzur dan seperti pondok-pondok. Tetapi unik dan menarik. Ditambah lagi dengan chalet family yang berupa bot lama yang telah diubah suai menjadi chalet. Harganya pun amat berpatutan. Sesuai dengan tempatnya yang agak privasi dan betul-betul hampir ke gigi laut. Pemandangan laut dan pulau-pulau di hadapan chalet amat menyenangkan fikiran. Ditambah lagi pantainya yang landai dan ombak yang tidak besar, amat sesuai untuk bermandi manda.

Walaupun kita ke sana hanya semalaman, tetapi setiap saat di sana tidak disia-siakan begitu sahaja. Sehingga larut malam kita semua seronok bergurau senda sambil menikmati makanan laut ikan bakar, udang, sotong dan siput manis yang dimasak special oleh restoran berhampiran dan dihantar ke chalet. Kita makan sepuas-puasnya di meja kayu dekat halaman depan chalet tu. Dan harga makananya juga sangat-sangat murah! Kita makan sampai penuh perut. Mana tak penuhnya, lepas maghrib tu kita dah makan mee dan nasi yang goreng-goreng di tepi benteng dekat dataran Endau. Balik ke chalet makan makanan laut bakar pulak.. memang asyik makan aje lah malam tu.. :)

Kenangan ke Teluk Penyabung tu memang menyeronokkan.. Dalam perjalanan pulang, sempat juga kita lalu di Teluk Sari Mawar dimana di situlah umi dan babah pernah menjalani BIG semasa di Maktab Temenggong Ibrahim akhir tahun 2005 yang lalu. Memang menyeronokkan...

Semoga dapat ke sana lagi satu hari nanti... Jom!! :)

Akhirnya... milik umi...

Akhirnya umi berjaya juga memilikinya sendiri.
Asus Intel Celeron Eee PC

Monitor 8"

3 USB Port

Card Reader Build In

Monitor Port
Web Cam Build In
Wifi Build In
WLAN Port


Harga : RM1299.00
Kedai : Sebelah ACER, Jusco Tebrau City



Lepas ni, tak de lah umi kacau laptop babah yang sarat tu lagi. Dan nampak gayanya, PC kat rumah tu jadi tukun la.. Anyone exciting to have it?

Pengikut

Blog babah

Senarai blog menarik

Lanjutkan kasehKAMI dalam kasehNYA

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker .

Mior Syazril.................................

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Izan............................................

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Mior Muhd. Irsyadi........................

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Iman Izzati..................................

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Mior Muhammad Irfaei..................

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Mior Muhammad Irhamni..............