Kakak dapat nombor satu..

Tahniah untuk kakak Iman yang berjaya dapat nombor satu di Tadika Suria Bestari. Alhamdulillah... umi dan babah betul-betul bangga dengan kakak.

Dalam kelas kakak, ada tiga orang yang dapat nombor 1. Peratusnya sama dengan peratus yang kakak dapat. Kelas kakak merupakan kelas pertama daripada 4 kelas tadika 6 tahun yang lain di Suria Bestari. Itulah yang membuatkan umi dan babah betul-betul bangga dengan pencapaian kakak. Tahniah sekali lagi kakak!


Apa yang umi dan babah lihat serta apa yang cikgu kakak katakan sewaktu open day adalah sama. Kesalahan kakak hanya akibat kecuaian kakak sendiri yang ingin cepat siap. Memang itulah sikap kakak bila setiap kali menyiapkan homework.
Kakak salah satu dalam kertas matematik.
Kenapa kak? Nak cepat siap ye? Lain kali jangan buat lagi ye!

Kakak salah satu juga dalam kertas English. The boys are jumping, bukannya the boys is jumping.

Dan kakak juga salah satu dalam kertas agama (tidak dikira dalam pencapaian). Hmm.. kenapa kakak tulis nombor 7 dua kali? Cuai ye!? Lain kali hati-hati ye!

Tahniah untuk kakak Iman Izzati.

Sekitar Hari Guru 2009

Sambutan Hari Guru Peringkat sekolah dah pun berlalu 2 hari. Tapi kehangatan masih terasa. Guru Pembina Negara Bangsa...!:)

Abang Adi telah melalui pengalaman pertama meraikan sambutan hari guru di SK Kangka Tebrau. Kata Abang Adi seronok ! mana taknya..berbekalkan beg yang berisi hadiah , abang adi berlumba mencari guru2 yang mengajar abang untuk memberikan hadiahnya. Abang Adi yang pilih sendiri tu!..tapi umi lah yang bayar..:)




Sebelum ini umi dan babah menyediakan sedikit cenderahati untuk teacher2 di Tadika Suria Bestari untuk abang dan kakak , tapi tahun ini tidak sama lagi.

Iman telah umi bekalkan cenderahatinya seawal 15 Mei, kerana majlisnya bergabung dengan Sambutan MaulidurRasul yang masih tertangguh.
Dan umi juga bekalkan sedikit juadah seperti tahun lepas..tapi tak sempat buat di rumah..buat di kedai kek aje..:)

Buat Mak Cek, Tahniah diucapkan kerana telah melalui pengalaman manis sempena hari guru 2009 di Sek Perempuan Sultan Ibrahim(SIGS) ini..tengoklah meriah tak hadiah2 Mak Cek!..heheh.

Iman tak sabar2 menunggu umi balik, dan terus bercerita tentang mak cek yang dah sampai rumah terlebih dahulu dengan lambakan hadiahnya!


Tahun ni umi tak dapat ambil gambar hari guru dengan babah ( seperti rutin tahun2 sebelum ini, .. tapi ganti bergambar dengan dengan mak Cek :)


Apapun..umi, babah dan mak cek berdoa semoga terus diberikan kekuatan, semangat dan keikhlasan untuk terus mendidik anak- anak serta anak bangsa demi kecemerlangan dunia dan akhirat. InsyaAllah..Amin.!

SELAMAT HARI IBU , UMI..!

SELAMAT HARI IBU KEPADA SEMUA IBU- IBU!:)


Seawal hari Khamis abang adi dah bersedia dgn hadiah hari ibu..! Sebaik sahaja umi melangkah masuk untuk ke kelas tasmik kelas 1 Teratai jam 12.35- 01.05, umi didatangi adi yang telah tersenyum- senyum sambil menyorokkan sesuatu dibelakangnya..

"Selamat hari ibu umi..!" sambil diperhatikan oleh murid kelas abang.
"Irsyadi, hari ibu hari ahad lah, kita nak beri mak kita hari ahad! " jerit akmal, kawan baik adi dari belakang.



"Tak pe lah..kita nak bagi umi kita hari ni..!"
mengingatkan telatah adi hari khamis lepas membuatkann umi tersenyum sendiri. Walaupun telah diingatkan beberapa kali supaya mengubah panggilan umi di sekolah, hanya waktu2 tertentu sahaja diturutinya.:)

Bunga dan kad istimewa abang adi!

Rupanya abang adi telah menggunakan baki duit belanja sebanyak RM1 untuk membeli sekuntum bunga plastik yang telah dibungkus rapi untuk jualan sempena hari ibu. Biasanya memang abang adi akan membelanjakan separuh dari RM2 yang umi berikan setiap hari di kantin. Selebihnya, samada abang akan membeli sesuatu di koperasi sekolah, membuat perbelanjaan untuk sekolah agama atau menyimpan sahaja ( tapi setakat ni boleh dikira abang adi menabung, tapi galakan tetap di beri setiap hari :) )

Sampai di rumah umi dah dapat jangka apa yang berlaku.
Abang adi dengan excited menceritakan dia dah memberi sesuatu kepada umi..!
Apa lagi..sudah tentu si iman sedikit terkilan kerana dia tak ada apa-apa yang dapat diberi pada umi!

"Iman, umi bukan nak hadiah sangat dari abang dan iman..umi dapat ucapan pun tak pe, umi dah suka! Ha, esok hari jumaat kan, mesti teacher suruh Iman buat kad ucapan Mothers Day.! Iman buat je cantik- cantik nanti boleh tunjuk kat Umi! " barulah kakak iman tersenyum.

Seperti yang umi sedia maklum, hari jumaat kelas kakak iman akan ada subjek Seni Visual, dan seperti sebelum-sebelum ini, jika ada sempena pasti teacher kakak iman akan mengajar anak muridnya menghasilkan sekeping kad ucapan atau hasil tangan yang istimewa!

Kad dan penanda buku istimewa kakak iman!


Dan semalam(Sabtu), pagi- lagi abang dah meminta izin untuk mengambil kertas A4 dan terus ke bilik sambil menutup pintu. Rupanya abang nak menghasilkan sekeping kad yang mahu dikepilkan pada bunga yang dah umi berikan semula padanya, dan umi minta supaya 'menghadiahkannya ' semula pada hari Ahad bersama hasil kerja kakak iman.

Tiba- tiba umi terdengar suara kuat dua beradik dalam biliknya! Rupanya kakak iman tak puas hati dengan abang adi, yang hanya menulis namanya dengan faei (Adik) sahaja dalam kadnya.
Maka umi pun mengambil sekeping kertas warna yang keras, dipotong dua dan cadangkan pada abang dan kakak supaya menghasilkan sekeping kad setiap seorang.

Kiranya kad tak surprise la ni, heheh..tapi apa pun umi terharu kerana anak2 umi seawal umur 6 dan 7 tahun( walaupun sebenarnya akhir tahun ni baru genap) dah pandai menghargai dan ingin meraikan hari2 sempena seperti ini. Dan kad yyang dihasilkan adalah100% kerja tangan mereka dan umi beri main idea sahaja!


Apapun, wahai anak2 umi yang tersayang.. walau hanya sekeping kad dan sekuntum bunga ros plastik dari abang adi, dan sekeping kad ucapan serta sekeping penanda buku bertemakan hari Ibu dari kakak Iman , ianya dah cukup bermakna bagi umi..!



Hadiah dari Adik?:)..bagi umi, melihat telatah, kerenah, senyum tawa dan tahap kesihatan serta selera makan yang bertambah baik Adik dari hari ke hari selepas hampir seminggu demam tempohari, adalah hadiah paling gembira bagi seorang umi!


Dan dari Babah yang dirindui seisi keluarga:)..ucapan Hari Ibu dari telefon dan catatan pada chatbox, sudah cukup bermakna bagi seorang isteri dan umi yang kini jauh di mata dekat di hati!..heheh..doa umi sekeluarga untuk Babah, semoga sihat sejahtera meneruskan tugas dan kembali dengan selamat..Insya Allah..Amin.

Sempena Cuti Hari Pekerja

Biasanya di setengah2 cuti umum, kita sekeluarga tak kan melepaskan peluang untuk bercuti atau bersiar2 . Tapi dalam ketiaadaan babah seperti sekarang , kita kenalah manfaatkan cuti sebaiknya, dengan rasa gembira walaupun hanya di rumah:)

Mak Cek tersenyum lebar keknya dah menjadi!
Ehem..sapa mentornya? ;)


Kek yang membuat selera Adik terbuka selepas baik demam:)



Nyum..Nyum

Tiga beradik melayan siaran kartun mereka..
hmm.. hujung minggu je tau bole cam ni!!

Adik Oh Adik

Mula aktif semula..termasuk bermain barang
larangan :)
Semasa nyenyak dalam kelesuan..
Align Center Setelah 3 hari babah menjalankan tugas di Oman, baby Faei atau panggilan
manjanya Adik menunjukkan perubahan suhu badan . Badannya mulai panas dan tubuh badannya mulai lesu serta selera makan dan minumnya berkurangan..

Umi pun beranggapan Adik demam akibat keletihan berjalan jauh. Manakan tidaknya, hari rabu minggu lepas kita sekeluarga bergegas untuk menghantar babah ke Nilai untuk taklimat kursusnya dan seterusnya menghantar ke KLIA pada keesokan malamnya.
Seterusnya pada malam yang sama kita semua balik ke Johor Bahru untuk umi dan Mak Cek dapat menghadirkan diri ke sekolah esoknya. Pada mulanya, risau juga umi untuk memandu balik ke Johor Bahru buat pertama kali tanpa babah, tapi berbekalkan keyakinan yang babah dah berikan serta kecekapan Mak Cek yang menjadi pemandu utama, umi tawakkal..dan Alhamdulillah kita semua selamat sampai. Dan Adik pun sepanjang perjalanan tidak meragam, tidur sepanjang jalan kecuali terjaga ketika berhenti di stesen minyak di hentian Yong Peng.

Sepanjang minggu ini rumah kita agak sunyi tanpa riuh dan aksi2 nakal Adik .
Seingat Umi bermula hari Ahad Adik dah mula lesu dan memuncak panas badannya pada malam selasa dan rabu. Menurut rakan2 guru umi di sekolah, mungkin Adik rindukan babahnya. Bermacam ikhtiar dibuat, selain ke klinik, umi berikan air yasin serta air zam zam termasuk memelukkan Adik baju kesayangan babah semasa tidurnya!.

Alhamdulillah menjelang hari ke 5 demamnya, Adik mula kebah. Dan hari ini adik dah bole bermain dan mengusik barang2 rumah yang selalu menjadi barang larangan! Cuma Adik yang sememangnya aktif, tidak boleh terlalu lasak, dia akan mula lesu dan akhirnya tidur.!

Apapun wahai anak2 ku, Umi dan babah (walaupun jauh nun di sana), sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kesihatan kalian, Insya Allah..Amin

Pengikut

Blog babah

Senarai blog menarik

Lanjutkan kasehKAMI dalam kasehNYA

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker .

Mior Syazril.................................

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Izan............................................

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Mior Muhd. Irsyadi........................

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Iman Izzati..................................

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Mior Muhammad Irfaei..................

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Mior Muhammad Irhamni..............