Tahniah abang Adi...

Jumaat 26 JUN dan Sabtu 27 JUN adalah hari terbuka bagi sekolah agama dan sekolah kebangsaan tempat abang Adi belajar. Babah dan umi ingin mengucapkan tahniah buat abang kerana telah mencapai kejayaan yang memberangsangkan dalam peperiksaan pertengahan tahun 2009 yang lalu di kedua-dua buah sekolah.

Semoga abang akan terus dapat mengekalkan kecemerlangan abang dan bertambah maju dari masa ke semasa.

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2009
SEKOLAH KEBANGSAAN KANGKA TEBRAU, JOHOR BAHRU.

100% A - BAHASA MELAYU PEMAHAMAN
100% A - BAHASA MELAYU PENULISAN
96% A - BAHASA INGGERIS
92% A - MATEMATIK
94% A -SAINS
100% - BAHASA ARAB
70% B - PENDIDIKAN SENI
100% A - PENDIDIKAN ISLAM
95% A - PENDIDIKAN JASMANI

PERATUS KESELURUHAN : 96.40%
KEDUDUKAN DALAM KELAS : 2/32

Ulasan : Tahniah untuk abang kerana dapat semua A dalam mata pelajaran kecuali Pendidikan Seni. Abang dapat B dalam Pendidikan Seni adalah kerana kesilapan abang yang telahpun bersedia dari rumah untuk melukis gambar buah-buahan, tetapi telah bertukar fikiran kepada melukis dan menyediakan topeng apabila abang melihat ramai kawan-kawan abang yang memilih untuk menyediakan topeng dari melukis gambar. Akhirnya topeng abang seakan-akan ada rupa ultramen! Tak mengapalah.. apapun babah dan umi percaya abang dah lakukan yang terbaik.. Semoga di lain masa abang lebih berhati-hati.

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2009
SEKOLAH AGAMA KANGKAR TEBRAU, JOHOR BAHRU

74% - AMALI SOLAT ('AF'AL)
70% - AMALI SOLAT (AQWAAL)
63% - AL-QURAN (BACAAN)
88% - AL-QURAN (HAFAZAN)
66% - TAUHID
72% - IBADAT
70% - AKHLAK
68% - SIRAH
44% - BAHASA ARAB
70% - TULISAN JAWI

PERATUS KESELURUHAN : 67%
KEDUDUKAN DALAM KELAS : 5/32

Ulasan : Walaupun pencapaian abang dalam peperiksaan di sekolah agama tidak begitu cemerlang berbanding sekolah kebangsaan, namun babah dan umi masih berbangga dengan pencapaian abang yang lulus semua subjek. Jika dilihat dari soalan-soalan yang terdapat dalam ujian sekolah agama memang arasnya agak tinggi dan tidak sama dengan apa yang mereka belajar di sekolah kebangsaan. Tahniah untuk abang. Teruskan usaha untuk terus maju dan mengekalkan kecemerlangan.




StarHill - Johor Bahru

Hari ni genap dua minggu babah sudah kembali kepangkuan kita sekeluarga setelah sebulan babah meninggalkan kita kerana menghadiri kursus di Oman bersama deligasi Kementerian Pelajaran Malaysia. Dalam tempoh dua minggu ini juga, berbagai-bagai perkara telah berlaku dan terjadi dalam keluarga kita.

Perkara penting dan mencatat sejarah bagi diri Umi adalah, buat pertama kalinya umi memandu sendirian bersama kakak Iman dari Johor Bahru pulang ke Sungai Buloh pada sehari sebelum babah kembali ke tanah air untuk menjemput babah di KLIA pada 26 Mei yang lalu. Atas kepercayaan diiringi doa babah di depan Ka'abah sebelum babah meninggalkan Kota Mekah, akhirnya Umi selamat menanti babah di KLIA bersama kakak Iman pada pagi 26 Mei 2009. Satu kejayaan yang membanggakan bagi Umi sendiri yang masih berlesen 'P' di usia 30an ini.

2hb yang lepas juga babah meninggalkan kita buat kesekian kalinya. Babah terpaksa menghadiri mesyuarat pasca kursus Oman di Naza Hotel Melaka. Tapi kali ini hanya tiga hari dua malam sahaja. Berbekalkan keyakinan lalu, setelah meninggalkan babah di Hotel Naza Melaka, Umi mengambil giliran memandu kita sekeluarga (kecuali babah) pulang ke Kampung Sungai Buloh. Dua hari berikutnya, sebelum menjemput babah yang telah tamat kursus di Melaka, Umi terlebih dahulu memandu ke Ampang untuk menjemput Adam & Sarah (anak Pok De) untuk dibawa bercuti di Johor Bahru. Umi sampai tepat pada masanya disaat babah baru sahaja menanti Umi di Melaka. Alhamdulillah.. Umi semakin berani dan yakin memandu.

Hari ini, di saat Opah babah dan semuanya ada di sini, kita bercuti bermandi manda di Star Hill Resort Kempas Johor Bahru. Alangkah seronoknya kalau rumah yang umi dan babah beli sudah siap dan sudah kita duduki, pasti destinasi hari ini menjadi tidak sampai 5 minit pun dari rumah tersebut berbanding sekarang, 20 minit.


Seronoknya anak-anakku bermandi manda...

Along Uddyn

Kak Ainnur

Syahmi

Sarah

Adam

Mukhriz... oh.. ye ke?

Pengikut

Blog babah

Senarai blog menarik

Lanjutkan kasehKAMI dalam kasehNYA

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker .

Mior Syazril.................................

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Izan............................................

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Mior Muhd. Irsyadi........................

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Iman Izzati..................................

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Mior Muhammad Irfaei..................

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Mior Muhammad Irhamni..............