Eight Little Baby Ducks !

Semalam adalah English Day sempena Minggu Panitia Bahasa Inggeris
SK Kangka Tebrau.

Gambar atas menunjukkan Abang Adi bersama 9 orang rakan lain sedang menyanyikan koir Inggeris Kanak- Kanak berjudul Eight Little Baby Ducks..semangat gitu..! Tapi kalau perhati kat atas pentas, memang meriah! yang menyanyi sepatutnya 10 orang, tapi guru Bahasa Inggeris tambah 8 orang untuk jadi Little Baby Ducks nya! :)

Kelas 1 Teratai yang diwakili Abang Adi dan rakan2, bersaing dengan 2 lagi kelas Tahun 1 iaitu 1 Teratai dan 1 Raya. Tapi malangnya umi hanya sempat merakamkam kelas Abang Adi je..:)

Tapi keputusannyabelum diumumkan lagi, tunggu majlis penutup nanti!


Abang Adi 5 dari kanan, semangat menyanyi campur malu2 kucing:) berdiri sebelah Athirah(Anak perempuan Cikgu Siti Sabariah). Sebab masa berlatih Sir Arsad dah usik Abang Adi katanya...amboi..amboi:)

Kisah penat babah dan dia

Babah baru saja pulang dari mesyuarat di Batu Pahat. Penatnya bukan kepalang. Sudahlah semalamnya seharian mesyuarat di BPK (Bahagian Pembagunan Kurikulum) KPM di Putrajaya. Seawal jam 4.00 pagi babah sudah keluar rumah disaat anak-anak babah semuanya sedang nyenyak tidur. Petangnya pula memandu pulang ke Johor Bahru dan sampai semula ke rumah disaat abang Adi sudah pun tidur. Hari ini, awal² pagi lagi babah sudah keluar ke mesyuarat di Batu Pahat. Kasihan anak-anak babah selalu ditinggalkan.. Mujur tak lama. Hampir jam 4 petang tadi babah sudah sampai semula di rumah dan berehat. Esok (Jumaat) babah akan keluar lagi ke Bandar Penawar sampai Sabtu. Isnin depan akan keluar lagi sampai Rabu.. dan lagi.. dan lagi.. dan lagi.. Itulah kerja.. kerja. "Saya yang menurut perintah.."

Penatnya.. penat babah.. penat umi.. penat! Tapi babah gembira dapat melaksanakan semua tanggungjawab dan amanah yang telah diberikan. Babah juga rasa bersyukur kerana kepercayaan yang telah diberikan oleh pihak atasan. Makin banyak pengalaman baru yang babah dapat. Semakin ramai juga kenalan-kenalan baru yang babah jumpa. Baik orang bawahan yang sama macam babah mahupun orang-orang atasan samada di peringkat daerah, negeri mahupun kebangsaan. Semua tu satu bonus bagi babah. Alhamdulillah.

Kasihan umi. Umi Penat! Penat umi adalah penat melihat babah yang terpaksa memikir dan menguruskan banyak perkara. Penat walaupun dengan hanya melihat saja! Apapun babah ucapkan terima kasih banyak-banyak pada umi yang memahami tugas dan tanggungjawab babah. Memang umi sudah banyak terima komen dari kawan-kawan umi tentang tugas babah dan perasaan umi kerana sering ditinggalkan. Tapi bagi umi dan babah, kejayaan seorang lelaki itu adalah bergantung kepada siapa perempuan di belakangnya. Tahniah untuk umi kerana dengan umilah babah berdiri dan duduk, ke sana dan ke sini seperti ini pada hari ini.

Penat juga kepada yang satu ni! Kasihan dia. Kasihan kereta babah. Mungkin jikalau ia boleh berkata-kata, mungkin dia juga akan berkata "aku dah penat! Baru balik lewat malam tadi, awal pagi ini dah kena keluar lagi". Dan tak tahu lah apa kata² pujukan yang harus babah berikan padanya nanti. :) Janganlah sampai dia merajuk dan meragam kepenatan. Setakat ini semua perkara berkaitannya babah jaga dan servis mengikut jadual. Kecuali baru-baru ini. Akibat kecuaian babah yang terlupa mengisi minyak, umi pula yang menjadi mangsa apabila tiba-tiba kereta babah yang usianya hampir tiga tahun ini tidak boleh dihidupkan. Habis minyak!

Waktu itu babah baru sahaja sampai ke rumah. Kunci kereta babah bertukar tangan dan umi memandunya untuk membawa Faei bermain di taman permainan. Bila tiba waktu umi nak balik, kereta sudah tidak boleh dihidupkan lagi. Minyak kosong! Babah juga tidak dapat membantu umi waktu itu kerana kunci kereta umi ada bersama-sama umi dalam beg tangan. Mujurlah ada pakcik yang berjual di situ yang sudi bantu umi membelikan minyak di Petronas yang berhampiran. Terima kasih pakcik!

Malang sungguh apabila kereta auto kekeringan minyak, maka bermulalah perangainya yang kita tak ingin. Selepas sampai di rumah, kereta babah tu tidak boleh dihidupkan lagi. Cina workshop kereta terpaksa dipanggil ke rumah untuk melihat dan memeriksa apa yang salah. Tak cukup periksa di rumah, kereta babah di towing ke workshopnya untuk diperiksa melalui komputer. Tidak ada apa yang salah. Semuanya baik. Baterinya masih baik dan tidak perlu ditukar walaupun hakikatnya memang ianya tidak pernah ditukar sejak beli kerana babah memasang Battery Doctor di kereta. Starter, Plug, Fuel Pum semuanya ok. Bila dibuat pemeriksaan komputer, hanya ada satu signal sahaja iaitu di Fuel Sensor. Semua ini gara-gara minyak kosong. Akhirnya dengan menggunakan komputer khas di workshop tersebut, sistem kereta babah telah di reset dan terus masalah itupun selesai. Kereta babah boleh dihidupkan kembali. Alhamdulillah. Mujur juga bayarannya cuma RM100 untuk reset dan upah pekerja.

"Kepada yang menggunakan kereta auto, janganlah biarkan minyak kereta anda kering sebelum anda sempat mengisinya semula.. Sayangilah kereta anda..." :)

Babah berjaya menyelesaikan..


Lihatlah bongkah2 kayu kecil yang bersambung-sambung ini.
Cuba susun bongkah² kecil yang terikat dari dalamnya ini menjadi satu bongkah kayu yang lebih besar.
Pertama kali babah mencubanya, babah mengambil masa lebih kurang setengah jam. Kini, babah hanya perlukan sepuluh saat sahaja untuk menyusun bongkah² ini menjadi seperti berikut.

Err.. umi, Mak Cek dan Ammu Khayr (yang dtg bertandang sabtu lalu) pun tak berjaya lagi menyusunnya.. hehehehe :)



Hadiah...

Babah menunaikan janji untuk abang dan kakak kerana telah berjaya menamatkan Iqra' kira- kira 3 bulan yang lalu. Walaupun dah terlewat, babah tetap mengotakan janjinya.. ! Bukan babah lupa, ingat sangat tapi saje nak bagi suspen sket.:) Dah lama abang mengidamkan kereta control dan kakak nak bear besar.
Yang penting umi dan babah doakan supaya abang dan kakak terus rajin dan sentiasa mengaji bersungguh2 dengan Acik Dila ye!



Adik pulak tumpang sekaki:)



Ni pulak hadiah adik..!heheh..ni sebenarnya durian yang babah bawak setelah habis mesyuarat di Sepang baru2 ni . Opah dan atuk Karak yang kirim. Saja umi rakamkan aksinya, bukan main beriya makan durian tengah malam. Babah smapai rumah pun dah hampir jam 11 malam..tapi adik tak tidur lagi, nampak pulak buah favourite,sampai ke dahi adik makan:)

Si Comot


Manja babah

Wajah baru...

Hmm.. dah lama tak update blog kaseh ni. Nak kata tak de masa.. tak jugak.. nak kata tak de idea pun tak jugak.. Umi tak update.. babah pun tak jugak.. Idea ada.. tapi mood nak menulis tu yang mungkin tak ada.. Banyak juga peristiwa penting yang dah terlepas untuk ditulis di sini..

Memandangkan pagi ni (sabtu) umi seorang je yang kena pergi sekolah, so babah mengambil kesempatan pagi cuti ni untuk cuba ubah selera pemandangan di blog ni. Setelah babah selesai mengubah selera segar bugar (bak kata seorang pengunjung) di laman blog babah, kini babah juga dah selesai mengubah tema blog ni yang lebih bersifat kanak-kanak.. ok tak?

Pengikut

Blog babah

Senarai blog menarik

Lanjutkan kasehKAMI dalam kasehNYA

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker .

Mior Syazril.................................

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Izan............................................

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Mior Muhd. Irsyadi........................

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Iman Izzati..................................

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Mior Muhammad Irfaei..................

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Mior Muhammad Irhamni..............