1 Ramadhan anak-anakku

Selamat Menyambut Ramadhan 1430H untuk semua ahli keluarga, sahabat handai dan kenalan semua.:) Semoga Ramadhan kali ini menjanjikan berjuta keberkatan dan keredhaan dariNya untuk kita semua . Insya Allah

Dan tahun ni tahun kedua bagi anak- anak umi melatih diri berpuasa. Tahun lepas abang Adi dan kakak Iman hanya berjaya berpuasa selama seminggu. Umi dan babah harap tahun ni akan lebih baik dan InsyaAllah abang adi dan kakak akan berjaya puasa penuh. Amin

Berdasarkan pencapaian semalam , umi dan babah rasa abang dan kakak mampu bertahan selagi dikurniakan kesihatan dariNya . InsyaAllah. Umi dan babah berdoa agar kalian sihat sentiasa dan terhindar dr sebarang penyakit dan membawa mudharat. Amin

Jam 6.30 ptg 1 Ramadhan. Kakak masih segar.. Abang agak melepek, masih tidur..adik? :))


Rezeki yang Allah beri hari ini..erk Alhamdulillah!!

Abang Adi lagi!

Abang Adi lambat sangat masuk kereta, umi masuk dulu.! Balik sekolah agama sempat lagi pusing- pusing satu sekolah ! ( Tengok la songkok pun dah terpusing:)


Balik rumah, Abang menyiapkan hasil kerja Seni Visual. Dek kerana salah faham:), Abang memberi kertas warna bahagiannya sendiri pada kawan. Akhirnya tak sempat siap. Jadi., kenalah siapakan ye Abang Adi !

Oleh kerana Abang Adi seharian berkepit dengan umi , maka post Abang Adi je yang keluar, tapi tak bermakna kakak ngan adik tak de ragam nya...ada! Tunggu! :)

Semangat !




Semangat abang dan kakak menyusun alatan sebelum pertandingan


Semalam adalah hari yang agak sedih bagi kakak Iman dan abang Adi apabila gagal membawa balik sebarang hadiah dalam Colouring Contest yang dianjurkan oleh Tadika Suria Group di Giant Tampoi. Sampai meleleh air mata abang, kakak juga yang relaks :)

Walaupun Abang hanya memasuki kategori Open, tapi semangatnya sama macam tahun lepas juga, iaitu semasa menjadi anggota Tadika Suria. Tapi hakikatnya, tahun ini tidak lagi. Abang bersaing dengan peserta yang lain berumur 7- 9 tahun.

Tahun lepas abang berjaya membawa pulang meja tulis rendah dengan hanya mendapat tempat ke 9. Hadiah tempat pertama dan kedua ialah sebuah basikal dan scooter ! Sebab itulah abang dan kakak berhasrat sangat memilikinya tahun ini.! Kakak pula membawa pulang hadiah saguhati berupa set stationary dan fail. Tahun ini. dah ditakdirkan tidak ada rezeki, harap abang dan kakak tidak akan putus asa dan terus berSEMANGAT untuk apa juga pertandingan dan membuat persediaan yang secukupnya .

Esok, abang akan menduduki Ujian 3 SKKT . Umi dan babah berharap abang akan lebih bersemangat untuk ujian ini. Abang Adi kena berikan tumpuan ketika menjawab dan semoga dapat berfikir teliti serta menjawab dengan tenang. Walaupun hanya ujian peringkat sekolah, umi dan babah harap abang akan sentiasa bersungguh2 ye..Semoga sukses dan cemerlang ..!! Amin.


Tapi kedua-keduanyanya tetap mandapat hadiah dari babah apabila sampai di rumah.. maka kakak dan especially abang pun kembali tersenyum lebar !! Terima kasih babah:))

Pengikut

Blog babah

Senarai blog menarik

Lanjutkan kasehKAMI dalam kasehNYA

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker .

Mior Syazril.................................

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Izan............................................

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Mior Muhd. Irsyadi........................

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Iman Izzati..................................

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Mior Muhammad Irfaei..................

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Mior Muhammad Irhamni..............