Anugerah Cemerlang SKKT & Gradiation cum Concert Tadika Suria Bestari


Dalam kesibukan kita semua dipenghujung tahun, babah masih mencari sedikit kesempatan untuk meninggalkan secebis kenangan manis buat anak-anak babah yang disayangi. Semoga kenangan ini kekal di sini untuk kalian tatapinya suatu masa nanti.

14 November 2009 adalah merupakan hari yang sangat bermakna bagi anak-anak babah (Abang Adi dan Kakak Iman). Ianya juga sangat istimewa bagi babah dan umi. Manakan tidak kerana pada hari tersebut Babah dan Umi merasa sangat gembira melihat kejayaan Abang Adi dan Kakak Iman di sekolah masing-masing. Walaupun keputusan akhir tahun ini tidak secemerlang keputusan pertengahan tahun, namun ianya masih lagi dikategorikan sebagai keputusan yang cemerlang. Tahniah buat abang dan kakak.

Hari Anugerah Cemerlang
SK Kangka Tebrau 2009

Seawal jam 6.30 pagi lagi abang dan umi dah bersiap-siap untuk ke sekolah. Babah masih bermalas-malas di katil. Maklumlah hari sabtu. Abang dah beriya-iya suruh babah bersiap untuk sama-sama ke sekolahnya bersama umi. Babah hanya berkata akan menyusul kemudian kerana pada sebelah pagi hanya acara ucapan sahaja. Babah berjanji akan sampai ke sana sebelum acara penyampaian hadiah. Abang memegang janji babah.

Babah sampai di sekolah abang ketika semua ibu bapa sedang menyaksikan persembahan murid tahun 6. Sejurus kemudian semua tetamu berehat dengan menikmati jamuan yang telah disediakan. Acara penyampaian hadiah adalah selepas rehat. Babah tidak terlewat.


Kata umi, abang asyik bertanya pada umi samada babah dah sampai atau belum. Bila umi mengatakan babah dah ada di dewan, terpancar wajah gembiranya dengan penuh rasa bangga. Babah tak tahu nak gambarkan kekecewaan abang sekiranya babah tidak dapat hadir hari ni.

Ketika abang berjalan dalam barisan menuju ke tepi pentas, babah dapat melihat kepalanya yang menjenguk-jenguk mencari babah duduk di bahagian mana. Seronoknya abang bila mula ternampak sesusuk tubuh babah yang duduk di barisan ke lima di tengah-tengah dewan terbuka itu. Mukanya penuh rasa bangga.

Walaupun Umi sebenarnya agak kecewa dengan pencapaian abang pada akhir tahun ini, namun itulah keputusan yang harus diterima. Abang tidak dapat mengekalkan kedudukannya nombor 2 seperti dalam peperiksaan pertengahan tahun. Kedudukkannya jatuh kepada nombor 4 dengan beza 3 atau 4 markah sahaja dari murid yang mendapat nombor 3. Peratusnya juga agak jatuh, tetapi tidaklah terlalu banyak. Inilah yang menjadi bebelan umi kepada abang yang terlalu banyak menonton Astro Ceria, selain sikapnya yang cuai ketika menjawab sehingga salah menjawab pada soalan yang sangat mudah. Sedangkan berkali-kali umi dan babah pesan supaya abang membaca soalan berulang kali sebelum menjawab dan menyemaknya setelah selesai menjawab. Kesilapan abang adalah, terlalu memandang remeh dan mudah semua soalan yang terdapat dalam kertas soalan. Itulah akibatnya. Lain kali jangan buat lagi!

Berikut adalah pencapaian peperiksaan abang akhir tahun dan perbandingan dengan peperiksaan pertengahan tahun.

Keputusan Peperiksaan Akhir Tahun 2009


Keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun 2009

Peratus Peperiksaan Setengah Tahun : 96.4%
Peratus Peperiksaan Akhir Tahun : 94.0%
BEZA : kurang 2.4%

Markah Penuh Setengah Tahun : 482/500
Markah Penuh Akhir Tahun : 470/500
BEZA : kurang 12 markah

Kedudukan Peperiksan Setengah Tahun : 2 / 32
Kedudukan Pepeeriksaan Akhir Tahun : 4 / 28

Walaubagaimanapun, babah dan umi mengucapkan tahniah kepada abang kerana kekal no 4 dalam kelas abang, dan aliran tahun satu keseluruhan.



Tadika Suria Group
Graduation cum Concert
Dewan MAWAR, Johor Bahru
14 NOVEMBER 2009

Dalam hari yang sama, setelah kembali dari Hari Anugerah Cemerlang di sekolah abang, babah dan umi bergegas pula membawa kakak ke majlis graduasinya di Dewan Mawar Johor Bahru. Hari ini sangat istimewa kerana selain menyaksikan kakak akan memakai baju konvokesyen dan naik ke pentas menerima scroll, babah dan umi juga buat pertama kalinya melihat persembahan tarian kakak di pentas. Teruja sungguh nak melihat kakak menari.

Walaupun kakak adalah harapan umi untuk merangkul nombor satu seperti hasil peperiksaan pertengahan tahun yang lalu, namun kakak tidak mampu mengekalkan kedudukannya. Kasihan umi yang terlalu kecewa kerana kakak hanya mendapat tempat top 10 sahaja.

Tiada siapa yang bersalah. Kakak memang seorang anak yang baik dan rajin berusaha. Malangnya ketika waktu ujian akhir tahun berlangsung kakak demam panas dan dua hari tidak dapat hadir ke sekolah sekaligus tidak dapat menduduki ujian akhir tahun pada hari dan waktunya. Akhirnya kakak terpaksa menjawab banyak kertas soalan dalam satu hari selepas kakak pulih dari demam. Kasihan kakak kerana tidak dapat memberi tumpuan yang baik ketika menjawab sehingga 6 kertas soalan dalam masa sehari.

Inilah hasil ujian pertengahan dan akhir tahun kakak...
Rakaman video peristiwa 14 NOVEMBER 2009

1. Anugerah Matapelajaran Terbaik Bahasa Melayu


2. Anugerah Khatam Iqra' dan Terbaik Kem Bestari Solat Tahun 1


3. Iman Izzati Graduation


4. Iman Izzati Dancing

1 comments:

  Hapi

21 November 2009 1:30 PG

hello... hapi blogging... have a nice day! just visiting here....

Pengikut

Blog babah

Senarai blog menarik

Lanjutkan kasehKAMI dalam kasehNYA

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker .

Mior Syazril.................................

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Izan............................................

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Mior Muhd. Irsyadi........................

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Iman Izzati..................................

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Mior Muhammad Irfaei..................

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Mior Muhammad Irhamni..............