Pusing-pusing ..


Seronok..! tu la gambaran anak2 umi..terima kasih babah sebab bawak abang, kakak dan adik keluar bersiar2 dan berekreasi semalam walaupun hanya ke Pulai Perdana dan ke Nusajaya.

Walaupun cuti sekolah dah bermula, dan dah pun habis minggu pertama, tapi kita semua masih di sini kerana umi dan babah perlu menghabiskan kerja2 di sekolah dulu..kesian anak2 umi, terutama adik walaupun dah cuti terpaksa juga ke rumah ibu(taska). Tiap2 pagi la umi terpaksa dengar tangisan adik dulu sblm masuk ke dalam taska! umi pun tak tahu kenapa adik masih menangis wlupun dah 6 bulan adik di situ. Mungkin adik ni jenis lambat nak menyesuaikan diri! Tapi bila balik rumah dia punya ceria dan bercerita macam2(dalam pelatnya), seolah2 tak de apa2 yg berlaku diwaktu paginya.Hilang segala sedihnya...adik..adik:)

Tak pe ye dik, umi bagi adik cuti sebulan lebih ni untuk kita berkepit dik ye..jangan nangis dan nakal2 tau..!


Munajat Kesabaran

Ya Allah
berilah kami kesabaran
seperti sabarnya
Nabi Ibrahim tatkala diuji kecintaannya
Nabi Ismail tatkala hendak dikorbankan
Nabi Yunus tatkala dicampak ke tengah lautan
Nabi Yusuf tatkala dipenjara
Nabi Ayub tatkala menderita sakit
Nabi Muhammad tatkala menegakkan ajaran-Mu
Tapi kami tak bisa melihat-Mu
Mata kami telah tertutup
Telinga kami telah tertutup
Apabila tidak kau ampuni

Apabila tidak kau buka mata hati kami
nescaya kami buta dipadang mahsyar
jangan biarkan kami merangkak-rangkak
di padang mahsyar
Jangan biarka kami meratap-ratap
melolong dipadang mahsyar
kami hamba yang tidak pernah bersyukur
kami hamba yang jarang memohon ampun
kami hamba yang jarang bertabsih pada-Mu

Ya Allah
kami tahu Engkau akan memberikan cubaan pada kami
dengan sedikit ketakutan
dengan sedikit kelaparan
dengan sedikit kekurangan harta dan jiwa
sedikit kekurangan buah- buahan

Untuk itu ya Allah
limpahkan kesabaran kepada kami
kerana kami tahu ya Allah
banyak tentangan yang kami hadapi
banyak cubaan yang menimpa kami
tetapi sedikit sekali kesabaran kami

Ya Allah ampuni kami
yang tak mampu menjadikan solat dan sabar
menjadi penolong kami

Ya Allah ampuni kami
yang senantiasa meminta disegerakan
terkabulnya doa-doa kami



dipetik dr Munajat Suara Hati
Ary Ginanjar

Hari Guru SKKT 2010





Rasanya masih belum terlambat bagi kami warga kasehKAMI mengucapkan Selamat Hari Guru buat semua warga pendidik seluruh Malaysia.!

Ucapan selamat juga buat semua bekas-bekas pendidik umi dan babah. Semoga kalian berada dalam kesejahteraan dan Redhanya sentiasa . Amin

Sambutan hari Guru sekolah umi tahun ini telah berjalan dengan meriah sekali. Begitu juga disekolah babah. Sambutan Hari Guru tahun ini lebih bermakna kerana Kakak Iman telah sama menyambutnya. Jika tahun lepas, umi hanya berdua bersama Abang Adi di sekolah, sekarang sudah bertiga :)


Terima kasih abang dan kakak, abang hadiahkan umi cup cake, iman pula candy buah-buahan.!

Terima kasih Cikgu Arsad! Hadiah Cikgu Arsad yang umi dapat dalam acara pertukaran hadiah antara guru, umi suka sangat! Mana taknya, umi dapat sedozen kerongsang pelbagai warna istimewa dari Sabah lagi! Mungkin setahun umi tak perlu beli kerongsang :)

Abang dan kakak sibuk membungkus hadiah untuk guru -guru masing 2 hari sebelum sambutan hari guru. Memang umi dan babah saja membiarkan abang dan kakak membungkus sendiri hadiah yang dibeli agar abang dan kakak rasa puas hati dengan hasil kerja sendiri.



Dunia anak-anakku


Agak lama Kasehnya tidak terisi dengan entri terbaru. Bukan kerana tak ada cerita -cerita baru, tapi sebab banyak sangat perkara yang berlaku, sehinggakan tak tau nak cerita mana satu dan akhirnya tak keluar- keluar ceritanya :))
Ni lah antara gambar yang sempat umi simpan dan hari ni baru sempat nak kongsi ..


Beriadah di Starhill, Kempas semasa cuti pertengahan penggal pertama lepas. Oleh kerana kita baru balik kampung pada Cuti Tahun Baru Cina, jadi kita bercuti di JB sajalah. Lagipun babah ada kerja yang perlu dibereskan..nanti cuti penggal bulan 6 kita balik ye!


Majlis Maulidur Rasul SKKT 2010. Tahun ni, kelas Abang Adi 2 Teratai menang no.2 bagi pertandingan perarakan kategori tahap 1. Tapi gambar perarakan tak de pulak dalam simpanan. Gambar atas tu kakak Iman pegang hadiah saguhati pertandingan mewarna sempena Maulidur Rasul untuk tahun 1. Tahun depan akak buat lebih baik ye!

Dan ini adalah rutin hari minggu Abang dan Kakak dengan kelas taekwandonya...
us!!

Buat permata2 umi dan babah,
umi dan babah akan sentiasa doakan kalian melalui hari-hari yang ceria.
Beroleh kejayaan dalam pelajaran. Amin.

Pst.. untuk kakak..
umi tahu kakak boleh tunaikan janji kakak dengan lebih baik waktu pagi kan:)

Babah & Umi Kini 9 Tahun...

Alhamdulillah...
Babah dan Umi telah bersama sejak 9 tahun yang lalu...
Segala dugaan telah kami lalui bersama...
Segala kebahgiaan telah kami kongsi bersama...
Semoga Babah dan Umi terus kekal bersama...
Hingga ke Syurga...

Mior Syazril & Izan
22.02.2001 - 22.02.2010


Alhamdulillah...
Kami bersyukur padaMu ya Allah..
Kerana aku KAU kurniakan pasangan hidup...
Aku yakin bahawa pasangan hidupku ini adalah yang terbaik
yang KAU tentukan untuk hidupku...
Sesungguhnya ketentuanMU adalah
sebaik-baik ketentuan...






...UMI TETAP RATU DI HATI BABAH...


Setelah 9 tahun, kami kembali beraksi bagai pengantin baru untuk mengembalikan semangat dan menambah eratkan kasih sayang antara kami... Semoga Allah mengurniakan kami kebahagiaan yang berpanjangan selamanya...

TERKORBAN

Memang sejak akhir-akhir ni, blog kaseh ni jarang betul dikemaskini. Umi sibuk.. babah pun sibuk. Begitu juga dengan Abang Adi dan kakak Iman.

Hari ni, babah sekadar nak berkongsi gambar baju t-shirt putih babah yang terkorban semata-mata untuk menyediakan kain lilit songkok bewarna putih bagi tujuan berkabung di atas kemangkatan Sultan Johor, Sultan Iskandar. Walaupun baju t-shirt babah tu masih baru, tapi harganya murah je! Akhirnya, kain lilit putih di songkok untuk Babah dan Abang Adi berjaya dihasilkan! (^_^)




Pengikut

Blog babah

Senarai blog menarik

Lanjutkan kasehKAMI dalam kasehNYA

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker .

Mior Syazril.................................

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Izan............................................

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Mior Muhd. Irsyadi........................

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Iman Izzati..................................

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Mior Muhammad Irfaei..................

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Mior Muhammad Irhamni..............