Kakak Ajak Abang Sunatkan Faei


Semalam sewaktu jam dah nak masuk waktu sembahyang maghrib, Faei keluar dari bilik air dengan bertelanj**g bulat. Comel sungguh si Faei berkeadaan begitu. :)

Kakak Iman yang nampak terus menyuruh Faei memakai baju.
"Adik, cepat pakai baju!", jerit kakak.

Faei lari lintang pukang dengan tuala yang mengheret lantai sambil tertawa.

Kakak pun mengejar sambil berkata kepada Abang Adi, "Abang, cepat ambil gunting! Mari kita sunatkan Faei".

Dengan selamba abang menjawab, "ABANG PUN BELUM SUNAT LAGI"...

Babah yang menyaksikan kejadian terus ketawa terbahak-bahak...

Babah.

Apa dah jadi..?


Lama betul babah tak sentuh blog kasehKAMI ni.. Huh..
Tidur yang panjang?
Tak juga..
Kesibukan?
Pasti..
Bertarung dengan facebook?
Lagi pasti..

Apa yang seronoknya berfacebook?
Mudah.. dan orang senang baca..

Apa yang tak seronoknya berfacebook?
Status or cerita lama susah nak cari balik. Ye ke?

Hmm..
Kalau macam tu.. lebih baik update status kat blog je.. Senang nak baca! Sebab ada label.. kan?

Oklah.. lepas ni babah try nak update sikit blog ni..
Kesian..
Nanti anak-anak babah nak baca, tak ada cerita pulak...

:)

Babah.

Doaku..



Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim...
Kau ampunilah dosa ku yg telah ku perbuat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yg tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan...


Pengikut

Blog babah

Senarai blog menarik

Lanjutkan kasehKAMI dalam kasehNYA

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker .

Mior Syazril.................................

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Izan............................................

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Mior Muhd. Irsyadi........................

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Iman Izzati..................................

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Mior Muhammad Irfaei..................

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Mior Muhammad Irhamni..............