Pingat Pertama Amin!


Hari ni Amin berjaya mendapatkan pingat pertama dalam hidup Amin! Amin juara lumba lari kanak-kanak 5 tahun dalam temasya Sukan Tahunan Taski Inspirasi Minda Bestari (IMB) 2017.


Sejak malam semalam Amin tak berhenti berzikir memujuk Ummi dan Babah agar Amin boleh untuk tidak menyertai sukan sekolahnya. Setelah lebih kurang dua minggu Amin setiap hari berbaju sukan ke sekolah untuk menjalani latihan sukan, kali ini ia menjadikan alasan penat dan tak larat untuk ke sekolah. Pelbagai idea juga Ummi dan Babah terpaksa fikir dan lakukan untuk memujuk Amin agar dapat ke sekolah juga untuk menyertai sukan tahunan sekolahnya hari ini. Akhirnya... nah! Amin menang lumba lari! Tahniah Amin...



Selain memenangi acara lumba lari, Amin juga memenangi tempat pertama acara berkumpulan, Lari Berkaki Gajah. Ummi dan Faei tidak kurang hebatnya kerana turut mendapat tempat pertama acara Musang Berjanggut. Tahniah! Tahniah! Tahniah! daripada Babah.





Babah
#Terpaksa ke pejabat untuk menyelesaikan beberapa tugas.

0 comments:

Pengikut

Blog babah

Senarai blog menarik

Lanjutkan kasehKAMI dalam kasehNYA

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker .

Mior Syazril.................................

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Izan............................................

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Mior Muhd. Irsyadi........................

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Iman Izzati..................................

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Mior Muhammad Irfaei..................

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Mior Muhammad Irhamni..............